Saturday, July 31, 2010

Soto Ambengan @ Dapur Anggerik-Jakarta

Mal Taman Anggrek yang biasanya disebut TA atau MTA adalah sebuah pusat membelibelah yang besar di Jakarta Barat, Indonesia.

Di tingkat atas Mal itu ialah Dapur Anggerik yang menyediakan pelbagai gerai makanan yang menawarkan pelbagai jenis menu tempatan dan antarabangsa.

Salah sebuah gerai yang boleh dikunjungi ialah Gerai yang menjual Soto Ayam Ambengan - salah satu makanan khas kota Surabaya. Berbeda dengan Soto Ayam dari daerah lainnya di Indonesia, makanan khas Surabaya ini warna kuahnya lebih kuning pekat karena memakai kunyit dalam pembuatannya.

Soto Ayam Ambengan mengandungii daging ayam, kulit, kaki, telur, nasi putih, bihun, kubis dan kuah sup ayam. Biasanya para pecinta makanan ini kemudiannya mencampur makanannya dengan tumbukan kerupuk udang, bawang putih, disertai sambal,dan limau nipis.

Di samping Soto Ambengan, pemgunjung juga boleh mencuba Tahu Ambengan yang disediakan oleh
Gerai yang sama.Pengunjung juga boleh mencuba pelbagai jenis makanan lain sama
ada makanan tempatan mahupun makanan antarabangsa lain.

Tuesday, July 27, 2010

Anjung Merah 2 @USJ, Subang Jaya

Anjung Merah yang sudah menempa nama sebagai sebuah restoran yang menawarkan masakan Melayu pelbagai menu kini boleh ditemui di lokasi baru juga di USJ, Subang Jaya.Restoran Anjung Merah 2 di USJ 3A kini menemui pengunjungnya di lokasi baru.

Restorannya agak lebih luas berbanding dengan Anjung Merah1 di USJ 11.

Tempatnya agak istimewa , dan terdapat lebih banyak kemudahan meletak kereta.

Dan pastinya, menu juga lebih banyak untuk para pengujung setia Anjung Merah.

Saturday, July 24, 2010

d’Loft Food Court – Thamrin Plaza, Medan


d'Loft Food Court terletak di Thamrin Plaza, sebuah komplek membelibelah Medan yang memang terkenal

sebagai pusat membeli-belah yang lengkap dan sering menerima kunjungan warga Medan.



Dekorasi dalamannya cukup sederhana tetapi menarik. Ia menjadikan daya tarik utama para pengunjung ke d’loft Food Court. Dari tingkat 7 di mana ia terletak, para pengunjung boleh melihat dengan jelas pemandangan indah Kotaraya Medan.


d’Loft Food Court dibuka setiap hari mulai pukul 11.00 pagi hingga 10 malam.

Pelbagai menu antarabangsa serta tempatan disediakan untuk memenuhi cita-rasa pengunjung.

Bagi makanan tempatan, Anda boleh mencuba ayam penyet Surabaya yang disajikan bersama sambal terasi yang rasanya bersesuaian dan tidak terlalu pedas.




d’Loft Food Court menerapkan sistem Self Service bagi pengunjung. K

emudahan pelanggan menjadi penekanan utama food court ini.

Monday, July 19, 2010

Pasar Buluh Kubu @ KB


Di Pasar Buluh Kubu, Kota Bharu, pengunjung boleh mendapatkan barangan kraf seperti kasut buatan tangan, replika alat muzik mini, wau, beg-beg,

barangan perak yang cantik, aksesori dan pelbagai jenis barangan lain.



Harga yang berpatutan menjadikan bazar ini amat popular khususnya di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar.


Thursday, July 15, 2010

Keropok Lekor Along


Keropok lekor - sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu. Ia diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam.

Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah sos cili yang pedas. Selain dimakan segar, iar juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup.

Keropok lekor juga boleh diproses untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok keping.

Keropok keping ini akan kembang apabila digoreng dalam minyak panas dan sedap apabila dimakan dengan sos cili.

Friday, July 9, 2010

Restoran A Hassan @ USJ, Subang.


Bagi peminat Nasi Campur atau Nasi Ayam Kampung
ala masakan Kelantan, apa kata mencubanya di USJ Taipan
di alamat:
35G Jalan USJ 10/1,
UEP Subang Jaya, Selangor.


Restoran A Hassan Nasi Ayam Kampung menawarkan pelbagai juadah
makan tengahari ala masakan Kelantan.
Menu istimewanaya pastinya Nasi Ayam kampungnya.

Oleh kerana ia begitu popular, pengurusan restoran ini telah membuka
empat lagi cawangannya di Lembah Klang.
Anda boleh mengunjungi restoran ini di
* Kawasan Rehat & Rawat,
Awan Besar di Lebuhraya Shah Alam, KESAS,
* Nasi Ayam Kampung
35 Medan Selera, Kampung Baru, KL.Shah Alam:
* Restoran A. Hassan, Jalan Lawan Pedang 13/27
Section 13 Shah Alam, Selangor
dan
Lot 61, Jln BP6/12 Bandar Bukit Puchong
Tel: 8060 6554
Ia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Saturday, July 3, 2010

Wakaf Che Yeh @ KB



Wakaf Che Yeh adalah antara lokasi tarikan utama sesiapa juga ke Kota Bharu.

Pasar yang beroperasi selepas Maghrib itu turut menjual pelbagai barangan termasuk makanan, batik dan kasut dengan harga yang amat berpatutan.

Ia terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Ia mempunyai keluasan suku ekar dan menjadi lokasi utama untuk mendapatkan makanan ringan tempatan, buah-buahan, sayur-sayuran segar serta makanan laut.


Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia
merupakan pasar borong di waktu pagi,
pasarbasah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam setelah matahari terbenam.

Situasi tawar-menawar menjadi amalan biasa dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...