Wednesday, September 16, 2009

Joget Asli di Mid Valley


Hiasan menarik yang unik sempena promosi The Rah-Rah Jom Balik Kampung ke Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, ternyata menjadi tumpuan pengunjung. Ia mengimbau nostalgia kemeriahan suasana Aidilfitri di desa sekitar 1950-an. Segala keindahan itu diterjemahkan menerusi binaan beberapa buah rumah kampung yang menarik.


Suasana dizahirkan menerusi tiga bahagian pusat tumpuan pasar raya berkenaan apabila semua gerai berkonsepkan perkampungan 1950-an. Persekitaran lebih terasa dan pengunjung boleh bernostalgia ketika mendengar dendangan lagu raya klasik yang sentiasa segar di ingatan.



Pelbagai jenis gerai yang menjual keperluan Aidilfitri tersedia menunggu para pengunjung dengan tawaran barangan menarik. Antara syarikat yang terbabit ialah Coconut, Crabtree & Evelyn, Elianto, Famous Amos, Hurley Collection, Karyaneka, Khazanah, KT Songket, Lovely Lace, Sinma, SIS dan Top Cookies.


Aktiviti menarik disediakan bagi pengun jung seperti permainan tradisional teng teng, batu seremban dan congkak turut diadakan selain persembahan tarian tradisional dan instrumen.

Promosi Raya ini akan berlangsung sehingga 22 September ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...