Wednesday, February 29, 2012

Rapid Shooting di Taman Negara


Aktiviti Rapid Shooting di Taman Negara 
dijalankan dengan menyusuri Sungai Tembeling.
Dari hotel penginapan, pengunjung akan dibawa 
menuju jeti Kuala Tahan untuk memulakan aktiviti ini.
Selepas diberi taklimat keselamatan, para peserta akan 
menaikki boat tersedia untuk membawa ke Sungai Tembeling.
Aktiviti Rapid Shooting ini membawa peserta melalui 7 jeram. Pengunjung tidak harus bimbang kerana semua 
penumpang bot dipakaikan vest keselamatan.

Cuma diingatkan pengunjung  harus bersedia untuk 
terkena percikan air ketika melalui jeram-jeram ini.
* Foto-foto  disumbangkan oleh Azizi Sunip yang 
mengikuti rombongan media ke Taman Negara.

Monday, February 27, 2012

Seksyen 13 - Pusat Makanan Shah Alam


Seksyen 13 di Shah Alam sekiranya diteroka, 
kita boleh  temui  restoran masakan Melayu
  terbanyak di sesebuah kawasan. 
Di Taddisma Business Park, anda boleh menemui Mr. Steak House
Di seberang Taddisma Business Park pula,  boleh ditemui
Bariani Johor Pak Anjang, M.I.,Z Char Kway Teow
Restoran Le Lac & Restorn Orkid.
Tepuk dada dan tanyalah selera.  Kunjungilah Seksyen 13 
Shah Alam untuk memenuhi citarasa anda.
Nasi Ayam Kampung Hassan pula terletak berhampiran.
Tupai-Tupai adalah restoran popular di kawasan ini dan menjadi 

tumpuan  kaum keluarga untuk mencubaa makanan sea food.

Kopitiam Prosperous dan Lagenda 17 pula terletak berhampiran.
Ikuti blog mengenai setiap rstoran ini di makan2jalan2.blogspot. com

Thursday, February 23, 2012

Restoran Orkid @ Shah Alam



Sebuah lagi restoran masakan Melayu bersedia 
menunggu pelanggan di Seksyen 13, Shah Alam.
Seksyen 13, Shah Alam memang menjadi
 lokasi popular  pusat restoran makanan Melayu.
Restoran Orkid ini terletak bersebelahan 
Restoran Le Lac serta Restoran Mak Enon. 
.
Ia menyediakan pelbahgai jenis masakan Melayu pada 
waktu tengahari serta pesanan ala-carte pada sebelah malam.
Sekeranya anda berkunjung waktu tengahari, anda 
boleh memilih makanan pelbagai menu secara buffet.
Restoran yang terletak di Jalan Badminton ini turut menyediakan
masakan panas, Western dan Tomyam Sea Food.
Selamat berkunjung.

Tuesday, February 21, 2012

Restoran Ayam Kukus Syukran

Bagi peminat Nasi Ayam, sebuah lagi 
restoran boleh dikunjungi di Shah Alam.
Restoran yang dimaksudkan ialah 
Restoran Ayam Kukus Syukran. 
Ia boleh dikunjungi di Jalan Rugby 13/30 Seksyen 13.
Di samping Nasi Ayam Kukus, anda juga boleh
 memesan pelbagai menu lain yang tersedia.
Selamat mencuba.

Sunday, February 19, 2012

Bersantai di Persona Village Resort @ Taman Negara


Persona Village Resort adalah di antara penginapan 
selesa  untuk pengunjung ke Kuala Tahan, Taman Negara.
Ia berkeluasan 8 ekar persegi dengan kemudahan penginapan  
untuk rombongan pelajar & keluarga dan kumpulan.
Resort ini mempunyai Restorannya sendiri dan yang menarik 
pastinya ketika makan sambil bersantai di hutan tertua di dunia.

Aktiviti seperti Rapid Shooting, Jungle Tracking, Canopy Walk 
dan lawatan ke kampung Orang Asli disediakan untuk pengunjung.
(Blogs mengenainya akan menyusul)
Resort ini menyediakan 3 blok hostel 150 katil , standard chalet 2 orang,
 superior chalet  dan family chalet  untuk 5-6 orang. 
*Nota - Gambar2 dibekalkan oleh Azizi Sunip yang mengikuti rombongan media 
ke Taman Negara baru-baru ini.

Friday, February 17, 2012

Singgah ke Bond Street @ London


Antara lokasi yang popular dikunjungi pelancong 
ketika di Kota London, pastinya Bond Street.
Bond Street sudah menjadi pusat belibelah popular sejak abad ke-18. 
Novelis terkenal Jane Austen juga  turut  menyebut mengenai
 tempat ini dalam salah novelnya, Sense and Sensibility.

Sebahgian besar jalanan di Bond Street 
dihuni oleh butik-butik fesyen berjenama.
Bond Street dinamakan sempena ahli perniagaan, Sir Thomas Bond. 
Antara barangan berjenama ialah  Emporio Armani, Burberry, Gucci, 
Bally, Bulgari, Cartier,Prada, Louis Vuitton, Dior, hingga toko 
perhiasan seperti Tiffany & Co.
Di  sinilah golongan yang berwang berbelanja &
 membuat pilihan barangan yang diidamkan.
Walaupun begitu, tempat ini terus menjadi pusat  
pelancong walaupun sekadar berwindow shopping

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...