Saturday, August 8, 2009

Nasi Padang- Sari Ratu @ Kelana Jaya


Keenakkan gulai tunjang atau urat kaki lembu, gulai otak, Ayam Kampung Pop dan belut goreng berlada menjadi tarikan utama restoran masakan Padang, Sari Ratu, yang terus menggamit pelanggannya.


Gulai otak lembu yang lembut mempunyai keenakan tersendiri tetapi dirasakan kurang sesuai bagi mereka yang berpenyakit kerana mempunyai kolesterol tinggi.

Belut goreng berlada berukuran kecil berwarna kehitaman kelihatan seperti sayur yang digoreng garing.



Semua masakan di Restoran Sari Ratu ini dihasilkan daripada dapur berpusat di Sari Ratu, Desa Pandan. Ia dihantar ke semua cawangan restoran itu di Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang; Ampang Water Front, Taman Kosas, Ampang; Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya, Kota Damansara - dan terbaru bakal dibuka di Subang Parade, Subang Jaya.


Restoran Sari Ratu mula dibuka di Malaysia pada Julai 2001 dan telahpun mempunyai 15 cawangan di Jakarta, Indonesia.


Minuman istimewa di Sari Ratu ialah jus durian, jus avokado dan jus ice jeruk daripada pati limau madu.


Pencuci mulut yang popular ialah ice teler dihasilkan daripada air batu kisar, santan, sirap, buah kabung, avokado, sagu, nangka dan isi kelapa muda selain ice Shanghai dan cendol.

ALAMAT:

Restoran Sari Ratu

AG 10 & 11, Jalan SS6/5A Dataran Glomac,

Pusat Bandar, Kelana Jaya, 47301,

Petaling Jaya

(Berhadapan Kelana Parkview Maybank).


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...