Saturday, December 9, 2017

Istana Seri Menanti


Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan  menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. 
Kini, istana itu berubah "peranannya" menjadi muzium.
 Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau.
Ia adalah  istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908.
Istana setinggi empat tingkat disediakan Pelan asalnya oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. 
Pada ketika ini  Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. 

Wednesday, December 6, 2017

Les Mille Delices -Restoran HALAL Les Puces, Paris

Sekiranya anda berkunjung ke Les Puces yang popular kerana Pasar Loak atau flea marketnya di kotaraya Paris, pastikan anda singgah ke satu-satunya restoran halal berhampiran.
Les Mille Delices menawarkan pelbagai jenis makanan barat seperti pizza, sandwich, burger dan pelbagai jenis makanan lain.
Harga yang ditawarkan adalah juga berpatutan
berbanding dengan harga di restoran-restoran lain.
Oleh kerana tawaran harga yang tidak begitu tinggi, ia menjaditumpuan di kalangan pekerja dan peniaga di kawasan berhampiran tanpa mengambilkira 
batas bangsa dan agama.

Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...