Showing posts with label jalan2-kampuchea. Show all posts
Showing posts with label jalan2-kampuchea. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Berkunjung ke Sekolah di Kg. Cham, Kampuchea


Sekiranya anda berkunjung ke Kg. Cham di Kampuchea, 
apa kata  anda berkunjung melihat sistem pendidikan mereka.
Sekolah ini didermakan kepada Cambodia Islamic Association 
oleh Islamic Development Bank pada tahun 2006.
Namun sekolah di sini juga masih kurang dan kemudahan 
infrastruktur akademik juga masih jauh ketinggalan. 
Walaubagaimanapun, kanak-kanak di sini sudah 
pastinya sangat bersemangat untuk mendapat ilmu.
Selamat berkunjung.

Friday, April 6, 2012

Tuol Sleng Prison @ Phnom Penh



Tuol Sleng Prison (Security Prison 21, S-21)  terletak di kotaraya Phnom Penh.
Ia kini menjadi sebuah Muzium yang dahulunya dijadikan 
Penjara oleh tentera Khmer Rouge dari tahun 1975 hingga 1979. 


Sebelumnya ia adalah sebuah Sekolah Menengah Atas Chao Ponhea Yat 
yang diubahsuai menjadi penjara dan pusat interogasi yang mengerikan. 
Tuol Sleng sendiri dalam bahasa Khmer bermakna Bukit pohon beracun. 
Bangunan ini dibiarkan apa adanya sejak runtuhnya kekuasaan Khmer Rouge.
(Security Prison 21,S21 - meletakkan banduan dari seluruh dunia 
seperti Austrlia, Amerika dan negara Asia lain.
Sekiranya ke kotaraya Phnom Penh, kunjungi Tuol Sleng 
Prison untuk menyaksikan kemampuan kedurjanaan manusia.
Gambar2 Azizi Sunip.

Friday, March 16, 2012

Berkunjung ke Kg. Cham @ Kampuchea



Daerah Kampong Cham adalah daerah terkecil dan disempadani dengan 
beberapa daerah  seperti Kampong  Siem, Tbong Khmon dan Koh Soutin.
Kampong Cham terletak kira-kira 124 kilometer 
dari ibu negara Kampuchea, Phnom Penh.
Ia merupakan sebuah perkampungan 
yang didiami majoriti penduduk Islam. 
Penduduk Islam merangkumi 5 peratus sahaja 
daripada jumlah penduduk keseluruhan Kampuchea.
Masyarakat Melayu di sini masih mengamalkan budaya tradisi lama.
Penghidupan seharian sebegitu biasa tanpa pelbagai 
kemudahan dan kecanggihan seperti kita di Malaysia.
Suasana di Kampung Cham sungguh mendamaikan 
kerana kurangnya pencemaran alam diadun dengan 
tumbuhan-tumbuhan segar menghijau.
Gambar2 sumbangan Azizi Sunip.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...