Friday, March 16, 2012

Berkunjung ke Kg. Cham @ Kampuchea



Daerah Kampong Cham adalah daerah terkecil dan disempadani dengan 
beberapa daerah  seperti Kampong  Siem, Tbong Khmon dan Koh Soutin.
Kampong Cham terletak kira-kira 124 kilometer 
dari ibu negara Kampuchea, Phnom Penh.
Ia merupakan sebuah perkampungan 
yang didiami majoriti penduduk Islam. 
Penduduk Islam merangkumi 5 peratus sahaja 
daripada jumlah penduduk keseluruhan Kampuchea.
Masyarakat Melayu di sini masih mengamalkan budaya tradisi lama.
Penghidupan seharian sebegitu biasa tanpa pelbagai 
kemudahan dan kecanggihan seperti kita di Malaysia.
Suasana di Kampung Cham sungguh mendamaikan 
kerana kurangnya pencemaran alam diadun dengan 
tumbuhan-tumbuhan segar menghijau.
Gambar2 sumbangan Azizi Sunip.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...