Friday, July 24, 2009

Ayam Penyet


Sekiranya anda serasi dengan makanan Indonesia, apa kata mencuba hidangan khas Surabaya iaitu Nasi Ayam Penyet. Beberapa buah restoran khusus menghidangkan Ayam Penyet, kini dibuka di Lembah Klang
Restoran-restoran ini bukan sekadar menawarkan jenis ayam penyet, malah daging, ikan, udang yang turut dipenyet.

Antara yang terkini dibuka kepada orangramai khususnya pelanggan di Subang Jaya ialah Restoran Ayam Penyet, SS15.


Ayam Penyet berbeda dengan hidangan ayam lain kerana ia diketuk (penyet) dalam Bahasa Indonesia - dengan kayu selepas dimasak bagi menjadikan dagingnya lebih lembut. Selepas ayam digoreng, ia ditabur dengan serbuk rempah rangup bagi menambahkan lagi keenakan rasanya.

Ayam penyet dihasilkan dengan merebus ayam dan diperap dengan pelbagai jenis rempah sebelum digoreng. Antara rempah yang digunakan adalah kunyit, lengkuas, serai dan halia.

Setiap hidangan ayam penyet hanya digoreng selepas dipesan oleh pelanggan. Bagi set nasi ayam penyet, ia dihidangkan bersama sayur kangkung rebus, hirisan timun, tauhu dan tempe goreng serta sambal merah.

Restoran Ayam Penyet itu juga turut menghidangkan hidangan sampingan lain seperti soup ekor, gado-gado dan soto ayam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...