Saturday, April 24, 2010

Ayam Penyet at USJ9


Restoran Masakan Indonesia kini telah banyak dibuka di sekitar Lembah Klang serta di pelbagai bandaraya utama di negara ini.

Bagi sesiapa yang ingin menikmati keistimewaan rasa 'ayam kampung' penyet atau nasi goreng penyet, Restoran Ayam Penyet di Jalan USJ9/5Q, Subang Jaya, Selangor adalah antara tempat yang boleh dikunjungi.

Restoran yang terletak di USJ 9, berhampiran Masjid Al Falakh ini menggunakan ayam kampung dalam semua hidangan ayam penyet di restorannya.

Selain ayam penyet dan nasi goreng ayam penyet, pengunjung juga boleh merasakan masakan kicap - tong seng kambing, gulai kambing, mi ayam, bakso, gado-gado dan juga set ayam penyet kanak-kanak .

Restoran Ayam Penyet ini juga menawarkan pelbagai jenis minuman seperti teh 'O' ais, sirap,asam jawa,

jus avokado, teh sosso dan air halia wangi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...