Wednesday, September 21, 2016

Casa Batllo Karya Antoni Gaudi @ Barcelona

Apabila Anda  ke Barcelona dan khususnya peminat seni, pastikan Anda berkunjung  ke Casa Batllo. 

Casa Batllo adalah sebuah bangunan yang diilhamkan oleh  Antoni Gaudi pada tahun 1877 dan dimodelkan semula pada tahun 1904–1906.


Di bahagian atap bangunan ini Casa kelihatan seperti makhluk reptilia seperti tulang punggung dinosaur raksasa.




 
Hasil kreatif kerjatangan Antoni Gaudi kelihatan memenuhi ruang dalaman Casa Batllo.

Bangunan pada satu ketika merupakan kediaman Josep Battlo, kini menjadi tumpuan  utama pelancong  dunia karena keindahan dan keunikannya.


















Reka bentuknya  adalah untuk mencegah garis lurus secara keseluruhan. Banyak dari rekaan dihias dengan mosai diperbuat dari jubin-jubin seramik  yang bermula dengan warna jingga keemasan beralih ke biru kehijauan.

Thursday, June 23, 2016

Promosi Aidilfitri @ Bangsar Shopping Centre






Setiap tahun, Bangsar Village menjadi tumpuan kepada mereka yang menginginkan kueh mueh menyambut Aidilfitri. Pelbagai gerai menjual kuih dan keperluan hari raya bersedia menunggu pengunjung.
Pelbagai gerai menjual kuih
dan keperluan hari raya bersedia menunggu pengunjung.

Pelbagai jenis kuih raya turut tersedia bagi mereka yang mahu membelinya.

Beberapa gerai khusus menjual kueh mueh tersedia untuk mereka yang memerlukan bekalan kueh hari raya.


Pelbagai jenis kuih diperagakan bersama hamper
yang sesuai digunakan ketika musim perayaan.


Tidak ketinggalan juga ialah gerai pakaian yang sesuai
bagi pelanggan wanita untuk mempergayakan
pakaian masing-masing ketika menyambut lebaran.

Monday, May 30, 2016

Mee Rebus BAIDALI @ Sri Hartamas



Mee Rebus Haji Wahid yang popular di Johor Bahru kini boleh dinikmati di Sri Hartamas di samping Putrajaya. Seorang lagi anak Hj.Wahid, Nasir membuka Mee Rebus BAIDALI di Aji Don Alley, E-1-16 Block E Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas, Taman Sri Hartamas, KL.
Apa yang menyebabkannya istimewa ialah adunan mee kuning, tauge, telur pindang, taburan bawang goreng yang disirami dengan kuah pekatan kentang.

Nasir berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1996 dan membuka gerai Mee Rebusnya di medan selera di Wisma Denmark, Jalan Ampang. Dia kemudian berpindah ke UNCLE DON di Sri Hartamas dan berpindah ke tempat baru apabila UNCLE DON ditutup. Kini gerai mee rebusnya berpusat di Restoran Aji Don, di Plaza Damas, Sri Hartamas dan cawangannya pula di Kafe Mak Tim yang terletak di AU2C, Taman Keramat.Nasir turut menyediakan menu tambahan iaitu Mee Rebus Tulang yang boleh didapati di gerainya di Plaza Damas pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Gerai Mee Rebus Baidali beroperasi dari jam12 Tengahari ke 9 malam setiap hari kecuali hari Ahad di Restoran Aji Don di Plaza Damas, Sri Hartamas dan setiap hari di Kafe Mak Tim, AU2C, Taman Keramat.

ALAMAT:
Aji Don Alley, E-1-16 Block E Plaza Damas,
Jalan Sri Hartamas, Taman Sri Hartamas
50480, Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan KL.
Email: baidali@yahoo.com
GPS Coordinates:
N 3 9.85307 E 101 39.4083
Lihat juga link berikut mengenai

Tuesday, May 17, 2016

Mee Bandung Muar - Ketam & Tulang @ PJ


Blog ini pernah membawakan tulisan mengenai 
Gerai Mee Bandung Muar di Medan Selera, PJ State.
Gerai yang dimaksudkan ialah.
Gerai Mee Bandung Muar
Medan Selera, PJ State
Jalan Lampan 8/3,
Petaling Jaya, Selangor.
Apa yang terkini di gerai ini ialah ia menyediakan Mee Bandung Muar - Ketam.
Di samping Mee Bandung Ketam, satu lagi  menu baru  ialah Mee Bandung Muar -Tulang. Mee Bandung Muar - Udang  sudah lama di dalam menu.
Untuk berkunjung ke mari, Gerai ini terletak  berhadapan dengan Balai Polis PJ State. Gerai ini dibuka setiap hari mulai jam9 pagi sehingga 9 Malam.
Bagi mereka yang tidak berminat dengan Mee Bandung, 
mereka boleh mencuba Set Asam Pedas Kembong, Pari & Tenggiri.
Lihat juga blog sebelum ini : Mee Bandung Muar @ PJ.
Selamat Mencuba.

Tuesday, May 10, 2016

Berkunjung Ke Stadium Camp Nou Barcelona

Stadium Camp Nou Barcelona merupakan stadium terbesar di Eropah, dan kedua belas  terbesar di dunia. Stadium itu telah menjalani renovasi sebanyak 2 kali dan boleh memuatkan 98.772 orang. 


Bagi pengunjung ke Stadium, mereka ditawarkan program Camp Nou Experience yakni dimana para pengunjung dapat merasakan menjadi pemain FC Barcelona dengan mengunjungi tempat-tempat yang digunakan oleh pemain sebelum pertandingan.  
Antara yang menarik pastinya The FCB Museum yang dianggap sebagai museum sepak bola paling modern dan paling banyak dikunjungi di dunia. 

Di sini pengunjung tidak hanya akan menemukan piala paling relevan dan benda-benda yang berkaitan dengan sejarah klub, tetapi juga mereka dapat melihat perjalanan klub ini dari masa lalu hingga sekarang menggunakan layar audiovisual sepanjang 35 meter yang menampilkan beberapa momen terbaik FC Barcelona.



 
Di samping itu sebagai tanda mata kunjungan, pengunjung boleh membeli cenderhati di megastore  sebagai kenangan untuk di bawa pulang.


Ikuti link berikut untuk mengetahui maklumat terkini mengenai harga Tiket untuk mengalami Camp Nou Experience itu @ http://www.ticketmaster.es/en/tickets-sports/camp-nou-experience-tour-i-museu/7941/http://www.ticketmaster.es/en/tickets-sports/camp-nou-experience-tour-i-museu/7941/
Selamat Berkunjung.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...