Friday, September 17, 2010

Burasak di pagi Raya


Burasak - sejenis makanan orang-orang Bugis yang lazimnya tersedia pada hari perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Korban.

Beras wangi yang di buat seperti nasi lemak ini di bungkus dengan helaian daun pucuk pisang muda kemudian diratakan menjadi satu bungkusan kecil. Ia disusun 4 atau 5 keping dibungkus sekali dan diikat dengan kemasan tali dan kemudianya direbus lebih daripada 5 jam.

Di Malaysia, Burasak hanya boleh didapati ketika Aidilfitri & Aidiladha tidak sepertimana di Sulawesi Selatan. Di sana Burasak boleh didapati setiap pagi di kebanyakan gerai yang menyediakan sarapan pagi.

Lepak Eloi pula berbentuk segitiga dengan bungkusanyang lebih kecil dan di susun menjadi bentuk bulat di dalam daun pisang yang di ikat rapi.

Untuk hasil yang baik dan mampu bertahan untuk disimpan beberapa hari memerlukan masa rebusan lebih 6 jam.

Lazimnya Burasak dan Lepak Eloi lebih sedap dan sesuai dimakan bersama ikan parang. Ia akan terlebih istimewa sekirnya ia dimakan bersama Asam Pedas Ikan Parang yang dimasak Meti -Masakan cili direbus kering. Ia dimasak sehingga tulang-tulangnya menjadi lembut seperti tulang ikan sardin. Ia juga boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti rendang ayam, rendang daging dan lain-lain.

* Lihat Resipi Membuat Burasak.

Wednesday, September 8, 2010

Bazar Ramadan 2010 - SS17/1A @ PJ

berhampiran dengan Universiti Islam Antarabangsa, PJ
adalah antara Bazar Ramadan yang agak santai.
Bazar Ramadan ini tidak begitu sebok dan kawasan gerai juga agak luas.
Sepertimana Bazar Ramadan lain, pelbagai bahan juadah
makanan dan minuman tersedia untuk dipilih untuk dibawa pulang.

Tuesday, September 7, 2010

Promosi Raya 2010 @ Mid Valley

Kompleks Membeli-belah Mid-Valley bertukar wajah sempena
menyambut kedatangan Aidilfitri sehingga 1 September ini.

Pelbagai program disusun rapi termasuk mengadakan persembahan tarian
a go-go, zapin, joget dan pertunjukan gamelan untuk menggamit
kedatangan pengunjung untuk berhibur di samping membeli belah.

Beberapa bazar khas bertemakan Hari Raya tersedia .
Ini termasuk gerai menjual kuih raya, songket, bunga-bunga dan kraftangan.

Para pengunjung juga berkesempatan menyaksikan permainan
tradisi melayu seperti teng-teng, congkak dan gasing.
Di samping itu, mereka juga melihat cara meganyam ketupat ,
lukisan batik dan membuat kraftangan rotan.

Pasar Malam KL 2010 - Sempena Aidilfitri

Pasar Malam sempena Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

sentiasa sesak sepanjang malam khusunya seminggu sebelum Aidilfitri.

Apa yang menariknya ialah gelagat para peniaga menarik pengunjung ke gerai masing-masing.

Anda perlu bijak tawar-menawar untuk mendapat harga yang berpatutan.

Pelbagai jenis pakaian untuk kaum wanita, lelaki dan kanak-kanak tersedia buat pilihan Anda.

Harga yang ditawarkan juga berbeda-beda antara satu gerai dengan yang lain.

Setiap tahun , kehangatan di pasar malam jalan TAR sememangnya

meriah dan menjadi tumpuan warga kota serta pengunjung yang lain.

Oleh kerana kesesakkan yang sebegitu ketara, pengunjung harus memastikan

keselamatan terutama untuk mengelakkan kecurian, seluk saku dan sebagainya.

Anda boleh meletak kereta bersebelahan panggung Odean lama - berhadapan Campbell Complex.

Harganya agak tinggi iaitu RM10. Ada juga yang menawarkan harga RM8.

Monday, September 6, 2010

Promosi Raya 2010 @ Subang Parade

Kompleks membelibelah Subang Parade turut

bertukar wajah sempena kehadiran Ramadan & Aidilfitri.

Nun di sudut bangunan, gerai-gerai khas tersedia menawarkan

pelbagai bahan sempena menyambut kedatangan Aidilfitri.

Pastinya yang menarik para pengunjung pastinya Gerai

yang menydiakan juadah kuih raya pelbagai bentuk, jenis dan rasa.

Gerai menjual pakaian juga turut menjadi tumpuan utama

khususnya bagi mereka yang belum berkesempatan membeli

baju raya yang semakin hampir menjelang tiba.

Sunday, September 5, 2010

Bazar Ramadan 2010 - SS17/1A,PJ


Bazar Ramadan di SS17/1A di Petaling Jaya yang lokasinya terletak
berhampiran dengan Universiti islam Antarabangsa cawangan PJ
adalah antara Bazar Ramadan yang persekitarannya menarik.
Bazar Ramadan ini tidak begitu sebok dan kawasan jualbelinya juga agak luas.
Sepertimana Bazar Ramadan lain, pelbagai bahan juadah
makanan dan minuman tersedia untuk dipilih dibawa pulang.
Selamat Berkunjung .



Promosi Raya 2010-Sunway Pyramid


Sunway Pyramid sepertimana juga pusat membelibelah lain
turut membuat persediaan untuk menyambut serentak
kedatangan Idilfitri serta sambutan Kemerdekaan ke 53.
Bertempat di Foyer Utama Sunway Pyramid, tersergam
sebuah bangunan lama stesen keretapi lama tahun 50an.

Stesen Keretapi ini d dihias indah dengan bangunan lama yang
turut disulami dengan Props seperti basikal, scooter serta bahan lain
untuk mengimbau nostalgia menyambut kemerdekaan 53 tahun lalu.
.
Di samping itu di beberapa lokasi di sekitar Sunway
Pyramid, gerai khas tersedia untuk para pengunjung.
Gerai menjual kuih, pakaian untuk hari raya serta
hiasan sempena lebaran adalah antara yang tersedia.

Saturday, September 4, 2010

Bazar Ramadan 2010 - Shah Alam.

Bazar Ramadan Shah Alam adalah antara Bazar Ramadan
terbesar di kawasan Lembah Klang.
Kemudahan meletak kereta yang menggunakan tempat
letak kereta Stadium Shah Alam menjadi tarikan pengunjung.
.
Pelbaga jenis bahan makanan turut boleh diperolehi di Bazar ini.
Makanan daripada pelbagai menu dari beberapa negeri
dengan mudah boleh diperolehi di sini. Laksa Johor, Laksa Kuala Perlis
dan pelbaga jenis kuih-kuih khas Kelantan boleh diperolehi di sini.
Apa yang istimewanya juga ialah gerai menjual
itik panggang yang turut mendapat sambutan mengalakkan.
Satu lagi ciri menarik di Bazar ini yang jarang terdapat di Bazar Ramadan
lain ialah adanya gerai menjual pakaian Hari Raya serta keperluan lebaran lain .

Wednesday, September 1, 2010

Promosi Raya 2010 @ Bangsar Village

Pelbagai jenis kuih raya turut tersedia bagi mereka yang mahu membelinya.
Pak Abu - the wedding planner - adalah di antara mereka yang membuka
gerai menjual kuih raya dan kotak hiasan hadiah seperti tahun lalu.
Pelbagai jenis kuih diperagakan bersama hamper
yang sesuai digunakan ketika musim perayaan.

Pelbagai jenis kotak hamper tersedia rapi untuk anda yang berhajat
memberikan hadiah sempena perayaan Hari Raya yang menjelang tiba.
Tidak ketinggalan juga ialah gerai pakaian yang sesuai
bagi pelanggan wanita untuk mempergayakan
pakaian masing-masing ketika menyambut lebaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...