Friday, June 29, 2012

National Geographic Store @ London


Antara tempat menarik ketika  di London ialah
berkunjung ke Store National Geographic di Regent Street.
 
Bangunan 3 tingkat itu dengan keluasan 1,800 sq  m 
menyediakan pelbagai cenderahati untuk dibeli pengunjung.
Ini termasuk pakaian, kasut, buku-buku pengembaraan serta peta.
Sebuah cafe untuk bersantai tersedia bersebelahan 
bangunan National Geographic itu.

Wednesday, June 27, 2012

Kway Teow Goreng Wak Dol Kopitiam @ Shah Alam

Wak Dol Kopitiam Warisan adalah satu lokasi untuk 
bersantai bagi ramai pelajar UITM di Shah Alam.
Pelbagai menu tersedia dengan harga yang berpatutan.
Untuk makanan yang lebih ringan apa kata mencuba Kway Teow Goreng.
Anda juga boleh mencuba Mee rebusnya.
Ia boleh dikunjungi di alamat:
AA-G2, Block D, Jalan Plumbum, AA 7/AA 
Pusat Komersil Sek 7, Shah Alam, Selangor 40000
Selamat mencuba.

Monday, June 25, 2012

Yazid Supersized Burger @ Shah Alam


Yazid Burger di Shah Alam memang istimewa. 
Ia boleh dianggap burger terbesaar di Malaysia.
Yazid Burger terletak di belakang Universiti 
Selangor, UNISEL di Seksyen 7, Shah Alam. 
Apa yang menarik tentang Yazid Burger ialah 
pelanggan boleh memilih jenis roti, isi, sos serta sayur.
 Yazid Burger juga menerima tempahan melalui SMS dan email. 
.Ia beroperasi mulai jam  5.30 petang sehingga lewat malam.
Saiz Yazid Burger paling besar adalah seberat 1kg.  
Ia boleh  dikongsi makan 4 hinggga 5 orang.
Harga untuk saiz 1kg - RM40
Harga untuk saiz 500g - RM20
Harga untuk saiz 250g - RM10
Berat ditimbang mengikut berat daging yang dipilih.

Wednesday, June 20, 2012

Berkunjung ke Sekolah di Kg. Cham, Kampuchea


Sekiranya anda berkunjung ke Kg. Cham di Kampuchea, 
apa kata  anda berkunjung melihat sistem pendidikan mereka.
Sekolah ini didermakan kepada Cambodia Islamic Association 
oleh Islamic Development Bank pada tahun 2006.
Namun sekolah di sini juga masih kurang dan kemudahan 
infrastruktur akademik juga masih jauh ketinggalan. 
Walaubagaimanapun, kanak-kanak di sini sudah 
pastinya sangat bersemangat untuk mendapat ilmu.
Selamat berkunjung.

Monday, June 18, 2012

Tahu Bakar & Popia Aji Don Alley @ Plaza Damas


Sekiranya anda  ke Warung Aji-Don Alley di Plaza 
Damas, apa kata mencuba menu Tahu Bakar,
Anda juga boleh mencuba popianya yang tersedia.
Pastinya makanan lain turut popular ialah Mee Rebus 
Baidali, Mee Bandung & Kway Teow Penang.
Ia boleh dikunjungi di :
Warung Aji-Don Alley boleh ditemui di alamat berikut:
E-O-16, Block E
Plaza Damas
60, Jalan Sri Hartamas 1,
Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur.

Selamat berkunjung.

Wednesday, June 13, 2012

Mee Bandung JMBariani


Bagi peminat Mee Bandung, anda harus 
mencuba Mee Bandung  di JM Bariani House.
Di samping Nasi Bariani, JM Bariani menyediakan 
menu lain termasuk Mee Bandung yang boleh dianggap sitimewa.
Ia boleh ditemui di kebanyakan Pusat Membeli Belah di Lembah Klang.
Ikuti link berikut untuk mengetahui lokasi2 restoran ini @
http://www.jmbariani.com/html/index.html


Di samping itu ketika di situ pastikan anda juga 
mencuba Tahu Bakarnya yang juga istimewa.


Ikuti link berikut untuk mengikuti Blog mengenai JM Bariani@ 
JM Bariani House @ Market Place
&
Restoran JM Bariani.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...