Monday, March 19, 2012

Mee Kari Ketam @ Seksyen 7, Shah Alam


 Restoran Mee Ketam Kuala Lumpur menyediakan bahan 
ketam bagi memenuhi selera penggemar ketam dan juga udang galah.
Ia boleh dikunjungi di Restoran Mee Ketam Kuala Lumpur 
di alamat :
No. 11 Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B, 
Seksyen 7, 40, 000 Shah Alam Selangor 
(Bersebelahan Kompleks Universiti Selangor)
Restoran ini menyediakan menu seperti Mi Kari Ketam, Bihun Sup ketam, 
Nasi Goreng Ketam, Ketam Masak Cili & Ketam Masak Lada Hitam.
 Ia juga turut menawarkan Mi Kari Udang Galah.
Restoran ini  dibuka setiap hari kecuali Hari Isnin.
Jumaat - Jam 5 petang hingga 10 malam. 
Pelanggan boleh memilih jenis ketam mengikut 
saiz sama ada kecil, sederhana dan besar.
Harganya  pula mengikut harga pasaran semasa  antara
RM3 hingga RM18 bergantung kepada saiznya.
Pesanan yang diihidangkan panas-panas dalam mangkuk 
pastinya membangkitkan selera para pengunjung.. 
Untuk maklumat lanjut layari blog restorn ini @ 

Friday, March 16, 2012

Berkunjung ke Kg. Cham @ Kampuchea



Daerah Kampong Cham adalah daerah terkecil dan disempadani dengan 
beberapa daerah  seperti Kampong  Siem, Tbong Khmon dan Koh Soutin.
Kampong Cham terletak kira-kira 124 kilometer 
dari ibu negara Kampuchea, Phnom Penh.
Ia merupakan sebuah perkampungan 
yang didiami majoriti penduduk Islam. 
Penduduk Islam merangkumi 5 peratus sahaja 
daripada jumlah penduduk keseluruhan Kampuchea.
Masyarakat Melayu di sini masih mengamalkan budaya tradisi lama.
Penghidupan seharian sebegitu biasa tanpa pelbagai 
kemudahan dan kecanggihan seperti kita di Malaysia.
Suasana di Kampung Cham sungguh mendamaikan 
kerana kurangnya pencemaran alam diadun dengan 
tumbuhan-tumbuhan segar menghijau.
Gambar2 sumbangan Azizi Sunip.

Wednesday, March 14, 2012

Nasi Ayam @ Mega Sop Utara


Nasi Ayam adalah antara menu popular di kalangan rakyat 
Malaysia. Dulunya  ia hanya ditemui di gerai-gerai tepi jalan .
Kini, restoran khusus nasi ayam boleh ditemui di kebanyakan  lokasi.
Ini termasuk Restoran Mega Soup Utara Nasi Ayam.
Ia menyediakan menu Nasi Ayam untuk pelanggannya.
Di samping itu pelbagai jenis soup juga turut  
disediakan sekiranya anda tidak meminati Nasi Ayam.
Restoran ini boleh dikunjungi  di alamat berikut :
Jalan Pelabur B 23/B, (Seksyen 23), Shah Alam, Selangor, 40380.
Selamat mencuba.

Monday, March 12, 2012

Dapoer Bandoeng @ Kelana Jaya


Restoran Dapoer Bandoeng menawarkan hidangan berciri 
Sunda yang  mempunyai ciri keistimewaan tersendiri.
Antara menu yang ditawarkan ialah  nasi ayam bakar, nasi 
timbel komplit, nasi ayam penyet & nasi soto bandung.
Restoran ini boleh dikunjungi di  :
A114, GF, Kelana Parkview,
Kelana Jaya, 47301, Petaling Jaya.
Ia beroperasi enam hari seminggu melainkan hari 
Ahad bermula jam 11 pagi hingga 11 malam.
Menu lain yang boleh dicuba ialah nasi iga bakar, mi bakso, tauhu 
telur & gado-gado. Pastikan juga anda mencuba pemanis mulut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...