Tuesday, February 26, 2019

Hello Kitty Town @ Iskandar, JB

Puteri Harbour Family Theme Park atau  Hello Kitty Town 
adalah antara tawaran pelancongan terkini di Johor Bahru.
Ia terletak kat Puteri Harbour, Nusajaya, 
Johor Bahru berhampiran  Legoland.
Ia pastinya menjadi tarikan istimewa untuk 
mereka yang berkeluarga khususnya kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut ikuti link berikut @ 

Selamat berkunjung

Sunday, February 24, 2019

Dataran Marienplatz Di Kota Munich, Germany



Marienplatz merupakan pusat kota lama Munich 
di Germany sejak penubuhannya pada tahun 1158.

Nama Marienplatz diperoleh setelah didirikan 
monumen Mariensäule pada tahun 1638 
untuk merayakan berakhirnya pendudukan Sweden.

Dataran Marianplatz juga adalah syurga belibelah bagi pengunjung.

Pelbagai jenis barangan termasuk 
yang berjenama tersedia untuk pengunjung.



Tidaklah menghairankan kerana saban hari Dataran ini sentiasa dipenuhi pengunjung khususnya para pelancong yang berkunjung ke Munich.

 Selamat berkunjung.

Wednesday, February 13, 2019

Museum P.Ramlee di Pulau Pinang

Museum P.Ramlee ini adalah 
rumah asal kelahiran P.Ramlee.
Ia dibina pada tahun 1920 oleh Bapa 
P. Ramlee serta bapa saudaranya Rejab Bin Husin.
Ia terletak  di N0. 4, Jalan P Ramlee, 
Georgetown, Pulau Pinang.
Bahgian Rumah ini terbahagi kepada Pengenalan P.Ramlee
Ruangan Seni $& SukanBilik Tidur & Ruang Dapur
 
Untuk maklumat lanjut ikuti link berikut @
Selamat berkunjung.

Monday, February 11, 2019

Berkunjung ke Mt. Titlis, Switzerland


Mount Titlis, sebuah gunung yang terus bersalji sepanjang tahun terletak di kota Engelberge, Switzerland sekitar 45 minit dari kota Luzern (Lucerne).


Engelberg adalah desa besar dengan luas sekitar  sembilan puluh lapan meter persegi.  Kota ini tepat terletak di bawah Gunung Titlis.
Suasana kota Lucerne menuju Engelberge dan ke lokasi Mount Titlis  itu bagaikan bahan  lukisan Sang Artis.
Setibanya di kaki gunung Mt Titlis setinggi 3238 m itu tersedia kereta gantung (Gondola) yang menghantar pengunjung ke lokasi ketinggian 1800 m dan 2800 meter. 
Setelah itu sebuah kereta berbentuk bulat mengangkut  
60-70 penumpang ke lokasi ketinggian 3028 m.
Selamat berkunjung.


Friday, February 8, 2019

Johor Premium Outlets @ JB

Johore Premium Outlets ialah pusat beli belah yang menghimpunkan pelbagai jenama terkenal dengan penjimatan sebanyak 25% - 65%.
Kebanyakan barang-barang Premium Outlet di Johor 
Bahru ini tiada dijual di mana-mana cawangan lain. 
Ini  menjadikannya agak  istimewa khusunya kepada kaum 
wanita yang  meminati barangan berjenama mewah dan menarik.
Antara jenama antarabangsa yang terdapat di sini termasuk
Adidas, Nike, Puma, Levis, Lacoste, Tommy Hilfiger,
 Coach, Burberry, Zegna, Gap, Guess dan lain-lain. 

Terdapat 70 Premium Outlets  di seluruh dunia dengan 
57 cawangan di Amerika Syarikat, 1 di Puerto Rico, 
8 di Jepun, 2 di Korea, 1 di Mexico dan 1 di Malaysia.
Johor Premium Outlets boleh dikunjungi 
di alamat: Jalan Premium Outlets
Indahpura, 81000, Kulaijaya, Johor
Selamat berkunjung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...