Wednesday, July 8, 2009

Mee Rebus Haji Wahid






Sekiranya Anda ke Johor Bahru, singgahlah ke Food Court Plaza Angsana untuk merasakan sajian khas dari Johor Bahru iaitu Mee Rebus Haji Wahid.
Mee Rebus berharga RM3.50 sepinggan itu diadun khas dengan keropok, tauge, telur pindang, potongan lada hijau, taburan bawang goring disulami dengan perahan limau nipis sekiranya mahu. Apa yang menyebabkannya istimewa ialah adunan mee kuning dan tauge yang disirami dengan kuah pekatan kentang.

Keluarga Haji Wahid memulakan usaha ini sejak 1919. Ia Bermula sejak tiga generasi lalu dari Basid Ali Karam Ali - Wak Baidali yang menjual mee rebus setiap hari dengan menggunakan kandar dua keranjang rotan yang dipikul di sekitar Bukit Zaharah dan Kampung Air Molek.
Pada 1938, anaknya Haji Wahid Basid Ali mengambialih tugasnya dan menjadi satu-satunya penjual mee rebus di antara penjual sate di Satay Club, di seberang stasiun KTM Johor Bahru.
Pada 1978, Haji Wahid berpindah ke terminal bus Jalan Terus sementara anaknya Haji Halim, membuka kedai Mee Rebusnya pada sebelah petang di Tepian Tebrau.


Gerai Mee Rebus di Plaza Angsana dibuka pada tahun 1997.
Tujuh daripada 12 anak Haji Wahid dan dua cucunya melanjutkan perniagaan ini di Taman Rinting, Larkin Market food Court, Kampung Melayu dan di sebelah masjid Kolam Air. Cawangan di luar Johor yang diusahakan oleh anak-anak Haji Wahid ialah di Presint 9,Putrajaya di bawah pengurusan Zainal, di Section 24 Shah Alam oleh Yassin yang dahulunya berniaga di Tepian Tebrau, JB, dan di Sri Hartamas yang diusahakan oleh Nasir yang dahulunya berniaga di Komplek Kotaraya, J.Bahru.

5 comments:

  1. tahun2 `60andan awal `70an mmg tinggal di kg air molek, dan mmg ada seorang pakcik bawa kandar jual mee rebus. bila nak beli perlu bawa pinggan sendiri. tak ingat berapa harga, tapi mmg sedap...mungkinkah itu hj wahid @ bapanya?
    - kak edot putrajaya.

    ReplyDelete
  2. mee rebus kuala kubu - dpn sek ren agama terlalu umum sgt..susah nak cari bagi org luar...detail sikit leh tak

    ReplyDelete
  3. MBSA baru sahaja mengadakan Open House 2011, Mee rebus pak cik Yassin nie turut di hidangkan...
    sesiapa nak orderboleh call 019 7971653

    ReplyDelete
  4. forgot to mention the shop @ taman sri tebrau, in front of the catholic church....

    ReplyDelete
  5. kalau nak kelainan, boleh order pes mee bandung batu pahat & kicap char koey teow penang kolingx 0102088602 pokme penghantaran seluruh malaysia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...