Wednesday, June 30, 2010

Sata @ K.Terengganu


Sekiranya Anda ke pantai timur Semenanjung Malaysia, pastikan anda mencuba sejenis makanan menyerupai otak-otak iaitu SATA.

Kebiasaannya ia boleh diperolehi di kawasan pasar malam. Makanan yang enak ini juga boleh diperolehi di sepanjang jalan pantai yang menghubungkan Bandar Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan.
Sata dimasak dengan cara dicucuk pada belahan buluh lurus dan dipanggang (seperti sate).

Perbezaan Sata dan Otak-Otak terletak pada bentuk, rupa, warna dan cara bugkusannya. Sata dibungkus di dalam daun pisang dan dilipat seperti bungkusan kuih koci.

Cara membuatnya lebih kurang sama dengan otak-otak di mana ia menggunakan ikan segar, kelapa, halia, bawang merah dan jika mahu sedikit pedas, bolehlah meletakkan cili merah.

Sata yang dimuatkan di dalam kelongsongnya akan dicucuk pada belahan buluh lurus sebanyak 4 atau 5 biji kelongsong setiap satu. Seterusnya, sata dipanggang atau dibakar di atas bara arang sehinggalah masak..

Saturday, June 26, 2010

Yati Ayam Percik @ KB




Bagi para pengunjung ke Kota Baru serta penduduk setempat,


Restoran Yati Ayam Percik memang istimewa.


Ia menghidangkan Nasi Kerabu yang lengkap dengan pelbagai jenis lauk
seperti ayam percik, daging bakar, telur masin dan keropok.




Tidaklah menghairankan, jika Anda melintasi kedai Yati Ayam Percik di
terletak di No. 847, Jalan Long Yunus, setiap meja dipenuhi pengunjung.


Anda boleh mengunjungi kedai ini bermula waktu tengahari
hingga 11 malam setiap hari .


Selain dimakan di kedai itu, ada juga para pengunjung membeli
untuk dibawa ulang ke rumah sebagai lauk hidangan seisi keluarga.

Menambah istimewa lagi ialah restoran ini turut menawarkan pelbagai
jenis juadah kuih-muih pencucui mulut yang sangat menarik dan unik.

Tuesday, June 22, 2010

Pasar Malam Sinsuran @ KK


Jikalau anda meminati pelbagai jenis mutiara dan tidak berkesempatan membelinya di Pasar Filipina berhadapan Hotel Le Meridian, Kota Kinabalu,
anda boleh mengunjungi pasar Malam Sinsuran bersebelahan Hotel Le Meridian.
Ketika di sini anda perlu menawarkan harga setiap barang. Jika anda ingin membeli mutiara, ada 2 jenis mutiara iaitu mutiara air tawar dan mutiara air masin.
Mutiara air masin adalah yang berbentuk bulat (betul-betul bulat)
dan harganya mencecah beratus-ratus ringgit.
Mutiara air tawar ada banyak dijual dan biasanya juga dipanggil mutiara jagung.
Bentuknya tidaklah begitu bulat dan seperti biji jagung.
Harga lebih murah bergantung kepada jenis kraf yang anda beli.
Kegiatan menjaja di Pasar Malam ini bermula dari jam 5.30 petang setiap hari.

Tuesday, June 15, 2010

Anjung Merah @ USJ, Subang Jaya

citarasa masakan kampung.Restoran ini terletak di No. NO 11A JALAN USJ 3A/2.
Restoran in yang menggunakan tagline - Sajian kampong Orang Kota -
ini memang popular di kalangan penduduk persekitaran USJ dan Subang Jaya,
serta peminat sajian makanan kampung.

Apa yang istimewanya ialah ia menyediakan pelbagai jenis sajian

seperti ayam kampung, gulai kawah, siput sedut, ulam-ulaman dan ikan bakar.

Pada setiap hujung minggu, pastikan anda datang awal kerana waktu makan tengahari sentiasa dipenuhi para pelanggan.

Monday, June 7, 2010

Pasar Malam JB

Pasar Malam Johor Bahru yang terletak di sebelah Sungai Seget adalah antara destinasi terbaru yang boleh dikunjungi di bandar di selatan tanahair ini.
Apa yang menariknya, pasar malam ini yang dibuka setiap malam menawarkan pelbagai jenis barang termasuk barang-barang lama. Untuk para peminat antik sekiranya anda bernasib baik anda boleh mendapatkan barangan lama ini dengan harga yang berpatutuan.

Pelbagai barangan pengguna sama ada yang baru ataupun terpakai tersedia bagi mereka yang berhajat membelinya.

Pasar malam ini memberikan kawasan ini keunikan dalam suasana santai untuk anda membawa keluarga membelibelah di sepanjang malam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...