Bagi mereka yang sering ke Singapura, pastinya terbiasa dengan Restoran Zam Zam 
danVictory di Arab Street   berhadapan Masjid Sultan. Restoran yang menawarkan
 Murtabak dan Nasi Biryani dengan keenakkan tersendiri menjadi satu 
kemestian kepada pengemarnya yang mengunjungi Kota Singa itu.

Kini - salah sebuah restoran yang berpusat di Arab Street, Singapura itu iaitu 
Restoran Victory membuka cawangannya di Subang Jaya .
Bagi penggemar Murtabak Singapura dan Nasi Briyani di Restoran Victory, 
anda bolehlah merasanya di alamat:
No. 21-1, Jalan USJ 9/5Q,
Subang Business Centre, 47628,
Subang Jaya
(Di belakang Perpustakaan Multimedia dan berhampiran Masjid Alfalah, USJ).


Murtabak yang disediakan mempunyai 3 saiz yang berharga RM5 untuk seorang RM8 
untuk 2-3 orang dan RM10-12 berukuran besar.Restoran ini menggunakan 
rempah kari yang dipesan khas dari Singapore   bagi memastikan rasanya 
sama dengan makanan yang dihidangkan di Victory, Arab Street  .
Jangan lupa juga mencuba nasi Briyaninya, kerana keenakkan rasanya 
dan agak berbeza dengan nasi briyani lain yang pernah anda makan sebelum ini. 
Bagi mereka yang pernah merasanya di Singapura pasti anda tahu apa yang dimaksudkan.

Turut disediakan ialah makanan Singapura lain yang popular seperti Lontong, 
Kacang Phool, Soto Ayam dan Sup Tulang Merah.Persekitaran restoran 
ini adalah agak berbeza dengan kebanyakan restoran Mamak lain di sini. 
Ketika waktu pejabat, agak sukar sedikit mendapat parking, 
tetapi pada hujung minggu dan sebelah malam-parking tidak menjadi masalah.

Restoran ini dibuka setiap hari melainkan pada hari Isnin minggu pertama 
dan ketiga setiap bulan dan waktu perniagaannya ialah antara 
jam 8.30 pagi hingga 10.30 malam.

No comments:
Post a Comment