Monday, January 30, 2012

Asam Pedas @ Medan Selera PJ State


Bagi peminat Asam Pedas, apa kata singgah di 
Medan Selera, PJ State untuk mencubanya.
Gerai yang dimaksudkan ialah.
Gerai No 4, Mee Bandung Muar
Medan Selera, PJ State
Jalan Lampan 8/3,
Petaling Jaya, Selangor
Gerai ini menawarkan set hidangan Asam Pedas Kembong, Pari dan Tenggiri.
 Hidangan Asam Pedas ini turut disertakan nasi dan telur dengan harga RM6.
Ia juga turut menawarkan Mee Bandung Muar pelbagai pilihan  di sini.
Bagi memudahkan mengenalpasti kawasan, Medan 
selera ini terletak berhadapan dengan Balai Polis PJ State. 
Gerai ini dibuka setiap hari mulai jam9 pagi sehingga 9 Malam.
Selamat mencuba.

Sunday, January 29, 2012

Berkunjung ke Westfield Shopping Malls @ London


Westfield Shopping Complex adalah pusat membelibelah terkini di London.
Ia didirikan sebagai persediaan menyambut pelancong khususnya 
yang akan membanjiiri London untuk menghadiri Olimpik 2012.
Semua jenama terkenal tersedia di pusat membelibelah ini.
Untuk ke sini, anda perlu menaikki Red Line ke Shephard Bush.
Satu lagi keistimewaan Westfield, ialah ia menjadi syurga
pelbagai restoran termasuk dari Malaysia. 
Lihat blog sebelum ini mengenai restoran Malaysia di Westfield.
Jom Makan @ Westfield, London.

Untuk maklumat lanjut mengenai kompleks belibelah ini 
ikuti link berikut:
Selamat berkunjung.

Friday, January 27, 2012

Tauhu Bakar Padang Jawa @ Shah Alam



Kedai makanan SR Kopitiam Prosperous di Shah Alam ini 
mempunyai beberapa gerai yang menawarkan pelbagai jenis makanan.
Antara gerai yang boleh dicuba ialah Tahu Bakar Padang Jawa.
Anda juga boleh mencuba Yong Taufu yang 
diboleh diperolehi dari gerai yang sama.
Di samping Tahu Bakar & Yong Taufu Anda juga boleh mencuba 
Nasi Ayam Kukus, Ayam Penyet & Aneka Sup 
Restoran ini terletak di Jalan Badminton 13/29, Shah Alam.

Wednesday, January 25, 2012

Asam Pedas @ The Curve


 The Curve menawarkan pelbagai jenis restoran yang 
menawarkan pelbagai jenis makanan. 
Sekirnya anda mahukan masakan tempatan, apa kata mencuba Asam Pedas?
Walaupun menu disini adalah makanan tempatan susun letak 
dan perabot utuk restoran ini  bercirikan konsep moden. 
Dan menu utamanya adalah tentunya Asam Pedas.
Namun anda boleh membuat pilihan buffet makanan Melayu yang tersedia.
Asam Pedas @ The Curve dibuka dari jam 10pagi  - 11malam(hari biasa) 
dan 10pagi  - 12 tengah malam  (Jumaat & Sabtu)
Sambil anda menjamu selera , anda 
juga dihiburkan dengan musik secara live.
Selamat mencuba

Sunday, January 22, 2012

Berkunjung ke Hard Rock London

Sekiranya anda di London, dan mempunyai masa - apa 
kata singgah sebentar di Hard Rock Cafe, London yang 
terletak di 150 Old Park Lane.
Apa yang istimewanya ialah Anda boleh melihat koleksi peribadi 
anggota kumpulan rock milik Bruce Kulick-KISS, Adam Clayton-U2 & 
Kurt Kobain- Nirvana.
Bagi peminat The Beatles, koleksi John Lennon juga 
menjadi bahan menarik untuk ditinjau di sini.
 Bahan-koleksi Paul McCartney - seorang lagi  anggota 
Beatles juga boleh ditemui di Hard Rock, London.
\\\
Juga koleksi lain milik Kurt Cobain - Nirvana, 
Mickey Madden - Maroon 5  & Jimi  Hendrix.
Bagi peminat Madonna, koleksi peribadi artis ini  juga boleh ditemui di sini.
Set drum kumpulan Black Sabbath juga berada di Hard Rock, London.
Anda juga boleh membeli cenderahati yang tersedia 
di sini untuk dibawa pulang. Selamat berkunjung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...