Saturday, October 2, 2010

Tangkuban Parahu @ Bandung

Tangkuban Parahu adalah antara destinasi menarik bagi mereka yang
berhasrat mengunjungi Bandung. Ia adalah sebuah gunung setinggi
2.084 meter di dataran Parahyangan, di utara kota Lembang.
Udara sejuk, hamparan kebun teh, lembah dan pepohon tinggi
menyambut pengunjung ke kawasan dataran tinggi Tangkuban Parahu.
Di kawasan gunung Tangkuban Perahu terdapat tiga kawah yang
menarik untuk dikunjungi iaitu Kawah Domas, Ratu dan Upas.
Di antara ketiganya yang paling besar dan ramai pengunjungnya ialah Kawah Ratu.

Pelbagai jenis gerai tersedia menawarkan pelbagai cenderamata.
Ada juga penjual makanan dan minuman. Pengunjung juga boleh
menunggang kuda untuk mengelilingi sebahagian kawasan kawah ini.
Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang,
yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan
niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengajukansyarat supaya Sangkuriang
membuat perahu dalam semalam. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang marah dan
menendang perahu itu, sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu
inilah yang kemudiannya membentuk Gunung Tangkuban Parahu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...