Showing posts with label makan2-kl. Show all posts
Showing posts with label makan2-kl. Show all posts

Saturday, June 30, 2018

Bawal Power @ Kota Damansara


Gerai Bawal Power  terletak di Tanjung Village food Court, Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Ia dibuka di antara jam 12.30 tengahari dan 12.30 malam.

Selain ikan bawal digoreng rangup, ikan keli, sotong dan ayam turut dihidangkan kepada pelanggan dengan harga di antara RM6 dan RM10 bagi setiap menu berasingan.
Bawal Power kini mempunyai cawangan kedua di Up Town, Damansara Utama, Petaling Jaya, premis  terbabit beroperasi di antara jam 5 petang dan  3 pagi.


Thursday, June 22, 2017

Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail - 2017


Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail , TTDI adalah antara pasar Ramadan paling popular di kalangan pengunjung di Lembah Klang.


 Ia menawarkan pelbagai  
 makanan daripada pelbagai negeri.





Tepuk dada tanya selera semua menu makanan 
yang diperlukan boleh diperolehi di sini.




Sekiranya anda ke kawasan Taman Tun, pastikan anda menjenguk Bazar Ramadan TTDI ini.

Saturday, June 3, 2017

Imbas Kembali Bazar Ramadhan @ Bangsar


 Bazar Ramadan Bangsar Baru terus menjadi tumpuan 
pengunjungnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Ia terletak bersebelahan Bangsar Village dan Masjid Abu Bakar, Bangsar.
Pelbagai menu menarik  boleh ditemui di Bazar Ramadan ini.
Selamat berkunjung.
Lihat juga link berikut : 

Tuesday, May 30, 2017

Imbas Kembali Bazar Ramadhan @ Jalan Raja Alang, KL


Bazar Ramadan Kampung Baru di ibunegara adalah yang paling popular di bulan Ramadhan.
Ia sentiasa sesak dengan pengunjung pelbagai bangsa dari seluruh negara. 
Bazar ini juga turut menarik perhatian pelancong asing yang ingin 
 merasai sendiri pengalaman membelibelah di Bazar Ramadan di Malaysia.
Tempat itu penuh sesak dengan hampir 200 gerai menjual
 makanan dan minuman di sepanjang jalan Raja Alang.

Selamat berkunjung.

Monday, May 30, 2016

Mee Rebus BAIDALI @ Sri Hartamas



Mee Rebus Haji Wahid yang popular di Johor Bahru kini boleh dinikmati di Sri Hartamas di samping Putrajaya. Seorang lagi anak Hj.Wahid, Nasir membuka Mee Rebus BAIDALI di Aji Don Alley, E-1-16 Block E Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas, Taman Sri Hartamas, KL.
Apa yang menyebabkannya istimewa ialah adunan mee kuning, tauge, telur pindang, taburan bawang goreng yang disirami dengan kuah pekatan kentang.

Nasir berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1996 dan membuka gerai Mee Rebusnya di medan selera di Wisma Denmark, Jalan Ampang. Dia kemudian berpindah ke UNCLE DON di Sri Hartamas dan berpindah ke tempat baru apabila UNCLE DON ditutup. Kini gerai mee rebusnya berpusat di Restoran Aji Don, di Plaza Damas, Sri Hartamas dan cawangannya pula di Kafe Mak Tim yang terletak di AU2C, Taman Keramat.Nasir turut menyediakan menu tambahan iaitu Mee Rebus Tulang yang boleh didapati di gerainya di Plaza Damas pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Gerai Mee Rebus Baidali beroperasi dari jam12 Tengahari ke 9 malam setiap hari kecuali hari Ahad di Restoran Aji Don di Plaza Damas, Sri Hartamas dan setiap hari di Kafe Mak Tim, AU2C, Taman Keramat.

ALAMAT:
Aji Don Alley, E-1-16 Block E Plaza Damas,
Jalan Sri Hartamas, Taman Sri Hartamas
50480, Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan KL.
Email: baidali@yahoo.com
GPS Coordinates:
N 3 9.85307 E 101 39.4083
Lihat juga link berikut mengenai

Wednesday, May 4, 2016

Ayam Kampung/Udang Galah @ Velodrome Cheras

Satu lagi lokasi untuk makanan berselera di ibunegara.
Apa kata bertandang ke Velodrome Cheras 
khususnya untuk jamuan makan tengahari.
Apa yang istimewa pastinya goreng ayam 
kampung, ikan bakar serta udang galah.
Berkunjunglah ke 
Medan Makan Velodrome, Cheras (Downtown)
Dataran Velodrome, Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur
Koordinat:
E 101 degree 43' 46.3"
Apa yang istimewanya di sini ialah beberapa gerai 
makanan masakan Melayu untuk anda pilih.
Selamat mencuba


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...