Friday, April 8, 2011

Jom ke Bentong



Bentong adalah salah satu daerah di Pahang dan antara bandar yang semakin pesat membangun. Jalan Bentong adalah laluan utama ke Pantai Timur iaitu Kelantan. Dua destinasi pelancongan menarik iaitu Genting Highland dan Bukit Tinggi terletak di Daerah Bentong.


Bentong terletak di suatu dataran lurah yang rata dan dikelilingi oleh bukit-bukau dan hutan semulajadi. Secara tidak langsung ia mewujudkan pemandangan yang terbuka ke arah bukit-bukau yang hijau dan menarik di sekelilingnya.

Pada peringkat awalnya, tempat ini dikenali sebagai Kampung Buloh Betong . Kemudian sekumpulan orang Cina Bentong diketua oleh Dr.Loke Yew memanggil bandar ini " Muntong" dan lama-kelamaan ia bertukar kepada Bentong.
Para penduduk setempat memainkan peranan penting dalam perkembangan bandar Bentong. Mereka membina bangunan rumah kedai tradisional di bandar ini. Selepas kemasukan Inggeris ke bandar ini, banyak bangunan rumah kedai baru dibina semula dengan bangunan senibina dan bentuk yang ada sekarang.
Bangunan-bangunan rumah kedai warisan terletak di Jalan Loke Yew dan Jalan Ah Peng.

11 comments:

  1. selalu lalu bentong nie tiap kali nak balik jerteh...tp x tahu kedai apa yg sedap kat area sini

    ReplyDelete
  2. Nasi Ayam Resoran Rodhiah Hamid di belakang stesen minyak Esso Bentong, dan ABC special Kow Poh dihadapan Perhentian Raya Bentong... durian Musang King coming soon pada bulan Julai 2011

    ReplyDelete
  3. Mandi manda di Chamang Dam! Pastikan anda tahu mengenal kepala air!...

    ReplyDelete
  4. kalau dari jb nk ke bentong ikut jalan mane paling senang dan dekat?bole bagi panduan tak?

    ReplyDelete
  5. bentong salah satu laluan nak ke bukit fraser.

    ReplyDelete
  6. Rasanya lalu jb-mersing-kuantan atau jb -mersing-bandar muadazam.mungkin ada jalan potong lain yg.lebih cepat.

    ReplyDelete
  7. Mee kari & ABC Bukit Tinggi...depan tok cina tepi higway KL - Karak..malam ada masakan ala cina..melayu masak..chef roslee...cuba la...

    ReplyDelete
  8. menu2 hebat..meh makan di bukit tinggi bentong warong selera balqis...diantaranya :- Udang goreng butter, Kerabu kaki ayam, Ayam goreng manggo, tauhu goreng sizzling, ikan stim asam limau , tiga rasa, masam manis,stim nyoya dan macam2 lagi menu ala makanan cina yg di masak oleh chef roslee...meh la makan..

    ReplyDelete
  9. Kedai sari manja delight.... memang sedap... ada nasi campur n masakan panas... berseberang dengan bus stand bentong.. best

    ReplyDelete
  10. Pernah berhenti selepas solat di Masjid Ketari Bentong lebih 10 tahun lepas,,, ada warung akak kat sebelah Masjid, belakang bas stop tepi jalan tu... Wooo sedap Mee Karinyer!! Nasi Ayam pun sedapp! Lejen! Entah masih ada tak... Cubalah!

    ReplyDelete
  11. Restoran cinta rasa airena the best makan tghari lauk2 asli org phg.. Original ikan sungai..patin Temerloh.. Ulam2.. Ikan bakar..dll.. mmg padu boss..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...