Tuesday, October 11, 2011

JOM MAKAN @ Westfield, London


Restoran JOM MAKAN di Westfield Shopping Centre, London adalah antara restoran yang berusaha memperkenalkan makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Restoran ini kini membuka cawangan keduanya di pusat
membeli-belah terbaru - Westfield Shopping Centre, London.
Pusat membelibelah itu terletak di luar stesen
Shepherds Bush Underground di Central Line.
Restoran itu dilapor menyediakan masakan Malaysia halal kepada lebih
15 ribu pengunjung sebulan di dua cawangannya di London.
Antara menu yang tersedia termasuk satay, nasi lemak, rendang, kway teow,
ayam percik,nasi ayam, beriyani, gado-gado, pelbagai jenis mee dan lain-lain.
Minuman kegemaran teh tarik turut disediakan.
Restoran dua tingkat berkeluasan 3,100 kaki
persegi ini boleh memuatkan 120 pelanggan.
Kedua-dua cawangan restoran JOM MAKAN di London beroperasi dari jam
12 tengah hari hingga 11 malam setiap hari kecuali pada Ahad (10 malam).
JOM MAKAN boleh dikunjungi di alamat:
Unit 1032 Southern Terrace, Westfield Shopping Centre,
London SW1Y 5BA
Telefon +44 (0)20 8735 5870
*************
Satu lagi cawangananya ialah di:
5-7 Pall Mall East, Trafalgar Square, London SW1Y 5BA
Telefon: +44 (0)20 7925 2402

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...