Friday, August 7, 2009

Langkawi - Rekabentuk Tradisi



Antara yang menarik ketika anda menjejakkkan kaki ke Langkawi ialah melihat keindahan rekabentuk hotel 5 bintang, Langkawai Lagoon Resort yang terletak kira-kira 3 kilometer atau 5 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Apa yang menariknya ialah 76 unit bilik yang memilikki rekabentuk khas jenis rumah tradisional Melayu di Sea Village dan 84 unit bilik hotel yang menghadapi laut.

Setiap unit mempunyai balkoninya tersendiri, kelengkapan dapur dan kemudahan kamar tidur. Ia direkabentuk letaknya di atas air yang tenang dan dilindungi daripada laut terbuka oleh penghadang air pasang.

Resort ini turut menawarkan pelbagai pilihan makanan antarabangsa di Anjung Brasserie, Rajawali Seafood Restaurant dan Mentari Lounge.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...