Friday, July 1, 2011

Bandar Tanjung Malim


Bandar Tanjung Malim terletak di selatan negeri Perak, dengan sempadan negeri Selangor.

Ia terletak kira-kira 70 km di utara Kuala Lumpur.

Tanjung Malim jua terkenal kerana adanya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dulunya Maktab Perguruan Sultan Idris yang ditubuhkan pada tahun 1922.

Tanjung Malim juga terkenal sebagai tempat persinggahan bas-bas ekspres yang mengikut jalan lama, sebelum wujudnya Lebuhraya Utara-Selatan. Di sini juga terdapat gerai Pau Tanjung Malim yang begitu popular.

Tanjung Malim sekarang kembali dikenali apabila kerajaan Perak telah memulakan rancangan untuk membangunkan bandar baru iaitu Bandar Behrang 2020 dan Bandar raya Proton.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...