Jika Anda inginkan perubahan selera, apa kata berkunjungke Jalan Bellamy - belakang Istana Negara. Di sini terdapat gerai-gerai khas yang menawarkan pelbgai jenis ikan bakar di tengah-tengah pusat bandar di ibu negara.
Tempat ini sentiasa menjadi tumpuan para pengunjung khususnya pada waktu tengahari.Mencari tempat meletak kereta merupakan satu cabaran buat pengunjung ke sini.
Apa yang ditawarkan ialah pelbagai jenis ikan bakar mengikut selera anda dengan tawaran harga yang berpatutan.
Gerai-gerai ikan bakar mula beropersi sejak awal tahun 80an.Ia dibangunkan pada tahun 1984 dengan pembinaan gerai yang lebih sempurna sepertimana yang ada sekarang.
Masa terbaik untuk menjamu selera di sini ialah untuk makan tengahari dan terbaiknyadaripada jam 11 pagi.
Orangramai juga boleh mengunjungi tempat untuk menjamu selera pada sebelah malam.
No comments:
Post a Comment