Sunday, January 2, 2011

Restoran Sekinchan Ikan Bakar




   Warga kota di Lembah Klang kini tidak perlu ke Sekinchan,
Sabak Bernam untuk menikmati ikan bakar segar di sana.
Kini Restoran Sekinchan Ikan Bakar boleh dikunjungi di beberapa lokasi. Antara lokasi terbaru ialah di Jalan PJU 5/22, Kota Damansara.
Restoran ini menawarkan makanan laut bakar seperti ikan,
udang, kerang dan sotong berserta ulam-ulaman.
Pelanggan boleh memilih untuk menikmatinya bersama nasi putih atau nasi lemak yang dijual dengan harga RM2 sebungkus.
Kesemua ikan diperap dengan rempah ratus istimewa
sebelum dibakar dan dimakan bersama tiga jenis pencecah.
Kesemua makanan laut itu diperoleh secara segar daripada nelayan-nelayan di sekitar Sekinchan.

Satu lagi cawangan Restoran ini terletak di Centrum Setiawangsa, Kuala Lumpur. Bagi cawangan Kota Damansara, Restoran ini terletak di alamat berikut.
Selain ikan bakar, pengunjung juga disediakan makanan sampingan lain seperti sup, ayam kampung, ulam, ubi kayu kelapa, sambal ikan bilis untuk dinikmati bersama dengan ikan bakar.
Pelbagai jenis makanan laut yang boleh dipilih dari ikan kembung, pari, siakap, jenahak, bawal, udang, sotong dan kerang.

2 comments:

  1. Tuan... kalau ada masa boleh la try Mee bandung kuah kacang Batu Pahat pulak. Alamatnya Restoran Afiqah Biryani G81 Jalan SG3, Prima Sri Gombak, Batu Caves. BELAKANG Sekinchan Ikan Bakar, SEBARIS Pappa Rich dan SEBELAH Myhomehotel.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...