Thursday, May 14, 2015

T'kafe D'Muara Live Seafood @ Kg. Kuala Hiliran, Losong Hj Su, K.Terengganu


Berlatarkan  suasana perkampungan nelayan, T’kafe D’ Muara Live Seafood menjadi alternatif terbaru kepada kepada pengunjung.
Restoran ini  mampu menampung jumlah pengunjung sehingga 400 orang serta menawarkan jumlah hidangan mencecah 120 jenis menu.
Bagi pelanggan yang datang berkumpulan atau sekeluarga,
 restoran ini turut menyediakan beberapa set makanan.
Menu yang disediakan bercirikan menu 
tradisional tempatan, masakan Cina serta barat.
10 akuarium menempatkan lima jenis ikan hidup air tawar dan lima jenis ikan hidup air masin disediakan untuk pelanggan memilih hidangan.
T’kafe D’ Muara Live Seafood beroperasi di sebuah rumah tradisional yang dikenali sebagai rumah warisan di kalangan penduduk tempatan Terengganu.
Selamat berkunjung.
Foto2 Ehsan Azizi Sunip.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...