Pasar malam di Batu Ferringhi, Pulau Pinang memang
menarik. Ia menjadi destinasi menarik yang perlu dikunjungi.
Ia dianggap sebagai destinasi wajib kepada pelancong
tempatan dan asing yang berkunjung ke Pulau Mutiara.
Terdapat lebih 300 gerai di sepanjang
jalan sejauh kira-kira 400 meter.
Pelbagai cenderamata, pakaian, kain batik dan
lukisan dengan harga murah boleh diperolehi.
Ramai pelancong asing bertali arus 'memburu 'cenderamata
untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.
Mereka juga boleh menjamu selera di restoran-
restoran yang menghidangkan pelbagai menu makanan.
No comments:
Post a Comment