Friday, August 20, 2010

Bazar Ramadan 2010 @ Subang Jaya


Sempena Bulan Puasa yang mulia ini, Bazar Ramadan tersedia
di mana-mana bagi mereka yang memerlukannya.

Subang Jaya di SS18 juga tidak banyak bezanya dengan Bazar Ramadan lain
yang turut menawarkan pelbagai hidangan
juadah istimewa buat pengunjungnya.

Pelbagai jenis makanan, kuih muih dan minuman bersusun rapi
di sepanjang gerai yang disediakan khas oleh MPSJ.
bagi mereka yang malas memasak untuk persediaan berbuka.


Para pengunjung Bazar Ramadanini bukan hanya terdiri daripada
orang Islam malah pendudukpelbagai kaum yang turut
sama memeriahkan suasana membelibelah di sini.

Para penjaja menggunakan kepakaran masing-masing untuk menarik
minat pengunjung untuk singgah dan membeli juadah yang disediakan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...