Tuesday, February 26, 2019

Hello Kitty Town @ Iskandar, JB

Puteri Harbour Family Theme Park atau  Hello Kitty Town 
adalah antara tawaran pelancongan terkini di Johor Bahru.
Ia terletak kat Puteri Harbour, Nusajaya, 
Johor Bahru berhampiran  Legoland.
Ia pastinya menjadi tarikan istimewa untuk 
mereka yang berkeluarga khususnya kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut ikuti link berikut @ 

Selamat berkunjung

Monday, February 25, 2019

Terrapuri @ Terengganu

Jika anda berkunjung ke Kampung Mangkok, Penarik terdapat sebuah resort yang bercirikan perkampungan melayu tradisional Terengganu.
Ia terletak bersebelahan dengan pantai. Resort ini dinamakan Terrapuri yang bermaksud "Tanah Raja". 
Terrapuri merupakan binaan 29  rumah lama yang diambil di serata Terengganu seperti Jeram Tepoh, pulau Bahagia, Pulau Duyong, Losong, Pulau Manis, Gelugor Raja, Seberang Takir, Binjai Rendah dan Kedai Buluh.
Untuk maklumat lanjut lihat 
lamanweb : www.terrapuri.com

Sunday, February 24, 2019

Dataran Marienplatz Di Kota Munich, Germany



Marienplatz merupakan pusat kota lama Munich 
di Germany sejak penubuhannya pada tahun 1158.

Nama Marienplatz diperoleh setelah didirikan 
monumen Mariensäule pada tahun 1638 
untuk merayakan berakhirnya pendudukan Sweden.

Dataran Marianplatz juga adalah syurga belibelah bagi pengunjung.

Pelbagai jenis barangan termasuk 
yang berjenama tersedia untuk pengunjung.



Tidaklah menghairankan kerana saban hari Dataran ini sentiasa dipenuhi pengunjung khususnya para pelancong yang berkunjung ke Munich.

 Selamat berkunjung.

Thursday, February 21, 2019

Les Mille Delices -Restoran HALAL Les Puces, Paris

Sekiranya anda berkunjung ke Les Puces yang popular kerana Pasar Loak atau flea marketnya di kotaraya Paris, pastikan anda singgah ke satu-satunya restoran halal berhampiran.
Les Mille Delices menawarkan pelbagai jenis makanan barat seperti pizza, sandwich, burger dan pelbagai jenis makanan lain.
Harga yang ditawarkan adalah juga berpatutan
berbanding dengan harga di restoran-restoran lain.
Oleh kerana tawaran harga yang tidak begitu tinggi, ia menjaditumpuan di kalangan pekerja dan peniaga di kawasan berhampiran tanpa mengambilkira 
batas bangsa dan agama.

Selamat mencuba.

House Of Donatello @ Bandung

Bagi mereka yang berkunjung ke Bandung, apa 
kata meninjau kedai khusus menjual kasut.
Antara yang popular  ialah House of Donatello.
Kedai ini memperagakan pelbagai jenis kasut lelaki dan wanita dengan harga yang agak murah berbanding di kompleks belibelah lain.
Ini mungkin kerana Bandung memang terkenal dengan 
pelbagai jenis jualan factory outlet untuk tujuan ekspot.
Bagi peminat kasut, pastikan anda berkunjung 
ke sini untuk membuat pilihan sewajarnya.
Selamat berkunjung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...