Showing posts with label jalan2-putrajaya. Show all posts
Showing posts with label jalan2-putrajaya. Show all posts

Tuesday, November 28, 2017

Bersantai di Tasik Putrajaya

Satu tempat yang boleh dikunjungi untuk 
bersantai di hujung minggu ialah Tasik Putrajaya.
Di sini tersedia Cruise Putrajaya yang membolehkan anda 
menikmati keindahan Putrajaya dengan menaikki boat khas.

Ada dua pilihan yang dibuat iaitu mengikuti cruise sightseeing dan satu lagi  berbentuk Gondola bernama Perahu Dondang Sayang.
Cruise Putrajaya ini  mengambil masa 20 hingga 25 minit.
Di samping itu pengurusan tasik juga menyediakan boat 
khas yang boleh memuatkan 20 hingga 40 penumpang.


Untuk maklumat lanjut ikuti link berikut

http://www.cruisetasikputrajaya.com/
Selamat berkunjung.

Friday, April 26, 2013

Pusat Penghayatan Alam Wetland Putrajaya

Pusat Penghayatan Alam (NIC) Taman Wetland  akan 
menjadi produk eko pelancongan terbaru di Putrajaya.
Ia bertujuan bagi menarik pelancong tempatan serta 
asing ke pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan.
Ia bakal menjadi pusat rujukan & penyelidikan sumber alam, flora dan fauna berkaitan hutan tanah lembap yang terkemuka di dunia.
Pelbagai rekreasi dan aktiviti pembelajaran disediak 
khusus untuk mereka yang berkeluarga dan kanak-kanak.
Selamat berkunjung.

Monday, February 25, 2013

Moroccon Pavilion di Taman Botani Putrajaya

Moroccon Pavilion terletak di Taman Botani Putrajaya.
Struktur bangunannya menggambarkan suasana sebenar 
seperti di istana Morocco yang boleh ditemui di Marrakesh.
Pengunjung akan terasa teruja kerana seolah-olah 
merasakan diri mereka berada di Morocco.
Ia sangat bersesuaian untuk mengambil foto dan bersantai 
sambil menikmati keindahan struktur bangunan.
Selamat berkunjung

Thursday, September 3, 2009

Bersantai di Cyberview Lodge



Kehijauan flora dan keindahan semulajadi di Cyberview Lodge Resort & Spa Cyberjaya terus menjadi tarikan utama bagi para pengunjung ke Resort ini.

Resort ini memang terkenal dengan keindahan semulajadi dan tidak hairanlah Anugerah Landskap Negara 2004 mengiktiraf kerja paling cemerlangnya dalam reka bentuk landskapnya.


Pengunjung boleh merasa ketenangan diri dengan kehijauan flora dan keindahan yang terdapat di resort ini. Di sini terdapat banyak tempat tinggal yang disediakan untuk anda bersama keluarga yang ingin lari dari kesibukan serta kebisingan kota.


Cyberview Lodge terletak di Cyberjaya dan mengambil masa 20 minit dari Putrajaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...