Showing posts with label jalan2-kelantan. Show all posts
Showing posts with label jalan2-kelantan. Show all posts

Monday, December 24, 2018

Pasar Siti Khadijah @ Kota Baru

Pasar Besar Siti Khadijah adalah ikon pelancongan  
dan simbol membeli-belah di Kota Baru.
Peniaganya yang dimonopoli oleh kaum wanita 
menjadikan pasar ini sebagai tarikan pelancongan. 
Pasar ini sungguh sebok di hari minggu dan cuti sekolah.
Ia dibuka setiap hari seawal jam 7 pagi hingga 6 petang.
Di bahagian bawah , antara yang dijual adalah barangan 
basah, kuih muih, sayuran, beras, dab buah-buahan.
Barangan di tingkat bawah lazimnya dibeli oleh penduduk setempat.

Sunday, December 23, 2018

Masjid Beijing @ Rantau Panjang, Kelantan

Masjid Beijing terletak di Rantau 
Panjang bandar perbatasan Malaysia-Thai.
Masjid Beijing kelihatan bagaikan istana maharaja China 
di zaman silam dan ada yang keliru menganggapnya pagoda. 
Keindahan dan keunikan bangunannya menggamiat pelancong berkunjung untuk menyaksikan keindahannya 
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra’  ini
dibangunkan di atas tanah seluas 3.7 hektar.
Masjid bernama ‘Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra’  
dibangunkan di atas tanah seluas 3.7 haktar
Ahli-ahli ukir masjid ini didatangkan khas  adari China sementara  hiasan dalaman masjid adalah hasil tangan juru ukir Uzbekistan.

Monday, July 19, 2010

Pasar Buluh Kubu @ KB


Di Pasar Buluh Kubu, Kota Bharu, pengunjung boleh mendapatkan barangan kraf seperti kasut buatan tangan, replika alat muzik mini, wau, beg-beg,

barangan perak yang cantik, aksesori dan pelbagai jenis barangan lain.



Harga yang berpatutan menjadikan bazar ini amat popular khususnya di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar.


Saturday, July 3, 2010

Wakaf Che Yeh @ KB



Wakaf Che Yeh adalah antara lokasi tarikan utama sesiapa juga ke Kota Bharu.

Pasar yang beroperasi selepas Maghrib itu turut menjual pelbagai barangan termasuk makanan, batik dan kasut dengan harga yang amat berpatutan.

Ia terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Ia mempunyai keluasan suku ekar dan menjadi lokasi utama untuk mendapatkan makanan ringan tempatan, buah-buahan, sayur-sayuran segar serta makanan laut.


Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia
merupakan pasar borong di waktu pagi,
pasarbasah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam setelah matahari terbenam.

Situasi tawar-menawar menjadi amalan biasa dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...