Sunday, March 28, 2010

Big Apple DONUTS & COFFEE


Big Apple Donuts & Coffee menemui pelanggannya buat pertama kalinya di The Curve, Damansara pada bulan May 2007.

Ia menawarkan pelbagai perisa dan bentuk donut untuk memenuhi citarasa dan minat pelanggannya. Ia boleh ditemui di mana-mana pasaraya besar di seluruh negara.

Pada tahun 2008, restoran ini boleh ditemui di 23 tempat di seluruh negara.

Kini restoran yang semakin meningkat popularitinya ini telah menembusi persada antarabangsa dengan membuka 6 cawangan di China, 2 di Bangkok dan 2 di Jakarta dan terus meneroka ke pasaran tempatan serta antarabangsa yang baru.

Untuk mengetahui perkembangan restoran yang terus meningkat prestasinya ini layari

Wednesday, March 24, 2010

Pasar Jalan Gaya @ Kota Kinabalu.

Jika Anda berada di Kota Kinabalu dan secara kebetulan pada hari Ahad, jangan lupa mengunjungi Pasar Tamu Jalan Gaya.
Setiap pagi Ahad, laluan sepanjang Jalan Gaya akan ditutup kepada lalulintas bagi memberi laluan kepada Tamu Jalan Gaya.

Pelbagai barangan tempatan tersedia di bawah teduhan pepohon dan payung besar seperti buah-buahan, lukisan, kraf, kasut, barangan antik dan cenderamata.

Pasar ini dibuka pada orangramai dari jam 6.30 hingga 1.00 tengahari.

Friday, March 19, 2010

Sarapan @ Asam Pedas-Danga Link


Restoran Asam Pedas Danga-Link yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Plaza Tol Perling di Johor Bahru menawarkan menu Asam Pedas untuk waktu makan tengahari.


Restoran ini yang terletak kira-kira 5km dari Plaza Tol Perling turut menawarkan pelbagai jenis hidangan sarapan setiap hari. Ia terletak di Kampung Sungai Danga, di Jalan Kassim Noor.



**Lihat juga blog sebelu ini mengenai Restoran Asam Pedas Danga Link.

Tuesday, March 16, 2010

Swensen's Luncheon

Untuk mengubah selera khususnya ketika makan tengahari atau malam, apa kata kalau berkunjung ke restoran SWENSEN’S di Subang Parade.

Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan barat berteraskan makanan dari Amerika Syarikat dengan tawaran harga diskaun pada waktu makan tengahari.

Anda boleh memesan pelbagai jenis makanan barat yang berasaskana makanan laut, pasta, sandwich, spaghetti, soup dan pelbagai lagi.

Bagi peminat ice-cream, restoran ini turut menawarkan pelbagai jenis hidangan ice cream
untuk memenuhi selera anda.

Friday, March 12, 2010

Fish & Co @ KK

Sekiranya anda mengunjungi Kota Kinabalu, Sabah apa kata anda mencuba Restoran Fish & Co yang terletak di Warisan Square bersebelahan dengan Hotel Le Meridian.

Apa yang menariknya ialah hidangan pelbagai makanan laut yang terasa fresh berkemungkinan kerana pelbagai makanan yang dihidangkan diperolehi dari kawasan laut di sekeliling bandar Kota Kinabalu.

Persekitaran serta susunatur restoran yang damai serta hidangan makanan laut istimewa pastinya mengamit pengunjung ke Restoran ini.

Bagi mereka yang berada di kota Kinabalu anda boleh mengunjungi restoran ini di alamat
Lot 4 & 5, Grd Floo, Warisan Square, Kota Kinabalu.

Tuesday, March 9, 2010

Kacang Pool @ Larkin, JB

Kalau anda ingin mencuba Kacang Pool istimewa yang dimakan bersama roti, apa kata anda ke Plaza Larkin, J.Bahru.

Kunjungilah gerai Kacang Pool Haji di Plaza Larkin terletak bersebelahan stesen besar bas J.Bahru, di Larkin.

Kacang Phool lazimnya berkuah daging hancur, kacang merah yang dihalus disertai rempah perasa.
Ia ditambah istimewa apabila diletakkan telur mata kerbau di atas Kacang Pool itu.

Bagi para peminat Kacang Pool Haji di Lembah Klang, anda boleh mengunjungi cawangan barunya di
ALAMAT D-O-07 ,
Ritzie, Perdana Service Apartment,
Jalan PKU 8/2,
Damansara Perdana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...