Showing posts with label makan2-melaka. Show all posts
Showing posts with label makan2-melaka. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

Roti Canai bersama Asam Pedas Claypot @ Taman Laksmana1, Melaka


Restoran Kota Laksmana 1 – di 1408 di Taman Laksmana di 
bandar Melaka memang popular dengan hidangan Asam Pedasnya.
Antara menu istimewanya ialah Asam Pedas Tetel.
Apa yang istimewanya ialah memesan roti canai 
untuk dimakan bersama kuah asam pedas tetel itu.

Lazimnya ramai peminat restoran ini memesan Nasi berlauk sayur, sambal 
& telur masin bersama lauk pelbagai pilihan Asam Pedas Daging atau Ikan.
                                                            


Lihat juga blog sebelum ini mengenai Restoran ini  @ Restoran Asam Pedas Claypot

Tuesday, July 5, 2011

D'Muara Ikan Bakar @ Pernu/Umbai


Medan Ikan Bakar Pernu, Umbai memang terkenal di kalangan peminat ikan bakar.
Terdapat 20 gerai yang berbeza didirikan sepanjang perkampungan nelayan ini.

Istimewa bagi para pelanggan di sini ialah mereka
boleh memilih sendiri ikan yang hendak dimakan.

Pelbagai jenis ikan yang berbeza boleh dipilih. Dari ikan kembung, siakap,
kerapu, caru, ketam, udang, sotong, kerang, dan pelbagai jenis makanan laut.
Selain itu terdapat pelbagai jenis masakan yang boleh dipilih. Anda juga boleh
memilih Nasi Lemak istimewa yang tersedia diletakkan di atas meja pelanggan.
Medan ikan bakar di Melaka sentiasa sesak khususnya
di hujung minggu danmusim cuti persekolahan.

Lokasi dan Alamat Ikan Bakar Pernu, Umbai :
Pengkalan Pulau Besar, Pernu, Umbai, 75460 Melaka.

Lihat juga blog sebelum ini mengenai destinasi yang sama.

Friday, October 16, 2009

Ikan Bakar PERNU/UMBAI


Sekiranya anda mengunjungi bandar bersejarah Melaka dan memerlukan tempat menjamu selera khususnya pada sebelah malam, apa kata ke Pangkalan Pulau Besar, di Pernu Umbai.


Apa yang istimewanya di tempat ini ialah anda boleh memilih pelbagai jenis ikan yang tersedia dan memberitahu pemilik gerai jenis makanan yang dikehendakki.



Ikan-ikan dan makanan laut yang dipesan ini boleh dimakan dengan nasi lemak bungkus yang tersedia di atas meja.


Ikan Siakap, Kerapu, Merah, Kembong, Caru, Kupang, Udang, Ketam, Sotong tersedia untuk anda memilihnya. Selepas pilihan anda ditimbang tunggulah buat seketika di tempat anda duduk sehingga pesanan anda ini dimasak.


Para pengunjung tempat ini datang daripada pelbagai lokasi termasuk dari Kuala Lumpur di utara dan Singapura di selatan tanahair.


Harga yang dikenakan juga adalah agak berpatutan berbanding dengaan restoran makanan laut di mana-mana juga.

Tuesday, October 6, 2009

Cafe Tepi Sungai Melaka



Pada satu ketika dulu, kawasan ini dijadikan gudang atau tempat simpanan barang bagi memudahkan kapal-kapal kecil mengangkut barang mereka di jeti khas yang terdapat di kawasan ini.

Sekarang, kawasan gudang ini telah diubahsuai untuk dijadikan gerai untuk menjual pelbagai cenderahati bagi pengunjung yang melawat Melaka-Negeri Bersejarah. Ia juga menjadi stesen persinggahan bagipelancung untuk menaikki bot Melaka River Cruise untuk meninjau keindahan bandaraya Melaka dengan menyusuri Sungai Melaka.

Quayside Cafe & Seafood Restaurant terletak di hujung kawasan ini dan menawarkan pelbagai hidangan yang bercirikan menu tempatan dan juga antarabangsa.
Ketika mengunjungi tempat ini pada sebelah petang, menu petangnya adalah makanan gorengan seperti pelbagai hidangan mee dan nasi. Pada sebelah malam, restoran yang dihias dengan lampu bergemarlapan ini menjadi tumpuan pelanggan yang mahu merasakan masakan makanan lautnya yang segar. Café & Restoran ini juga turut menyediakan masakan asam pedas yang begitu popular di Melaka serta tomyam.
Quayside Cafe & Seafood Restaurant terletak di Jalan Quayside, 75000Melaka. Ia mudah ditemui kerana ia terletak di tepi jalanraya utama menghala ke Bandar Hilir & Dataran Merdeka.

Monday, June 15, 2009

Asam Pedas Claypot



Jika anda ke Melaka pastikan anda merasai resipi khas negeri itu iaitu masakan Asam Pedas. Ia bukan saja terkenal dan disukai oleh penduduk Melaka dan Johor bahkan pelancong dari dalam dan luar negara. Jika di Johor, asam pedas ayam popular, di Melaka, asam pedas daging atau lebih dikenali asam pedas tetel (daging berlemak) popular. Anda boleh mendapati pelbagai restoran yang menawarkan resipi Asam Pedas ini. Antara Restoranya ialahRestoran Kota Laksmana 1 – di 1408 di Taman Laksmana.

Anda pasti menemui tempat ini kerana ia terletak di Taman Laksmana yang pasti ditempuhi ketika menuju ke satu lagi ikon pelancongan Melaka iaitu Eye on Malacca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...