Showing posts with label jalan2-penang. Show all posts
Showing posts with label jalan2-penang. Show all posts

Friday, September 20, 2019

Lebuh Buckingham
















Masjid Kapitan Keling terletak di Jalan Masjid Kapitan Kling
(Lebuh Pitt) di antara Lebuh Chulia dan Jalan Buckingham.
Masjid Kapitan Keling dibina oleh tentera East India Company yang merupakan antara penduduk Islam yang mula-mula menetap di Pulau Pinang di penghujung tahun 1700. Beberapa tahun kemudian, penduduk India Muslim yang kian berkembang jumlahnya memerlukan sebuah masjid tetap yang lebih besar.
Pada tahun 1801, masyarakat ini yang diketuai oleh pemimpin mereka, Cauder Mydin Merican yang juga bergelar 'Kapitan Keling' diberikan kawasan tanah seluas 18 ekar.
Bangunan asal yang dibina merupakan bangunan satu tingkat yang diperbuat dari batu-bata tetapi setelah berabad lamanya masjid ini telah banyak diubahsuai dan dinaiktaraf mengikut arus perkembangan semasa.

Masjid berwarna putih ini di kelilingi dengan tembok yang rendah dan dihiasi dengan kubah dan menara berwarna kuning mengikut gaya senibina India Muslim.

Terdapat juga sebuah madrassah di perkarangan masjid ini.

Menara yang tinggi ini yang pernah digunakan suatu ketika dahulu untuk bilal melaungkan azan terletak di persimpangan di antara Jalan Buckingham dan Jalan Pitt.

Sunday, March 24, 2019

Berkunjung ke Padang Kota di Pulau Pinang


Padang Kota adalah antara tempat popular yang 
sering dikunjungi pelancong ke Pulau Pinang.
Di sini pengunjung boleh melihat bangunan 
bersejarah yang dikenali sebagai Fort Cornwallis.
Kubu pertahanan dibina di Padang Kota Lama dan beberapa 
buah meriam di sini masih dapat dilihat dengan jelas. 
Selamat berkunjung.

Wednesday, February 13, 2019

Museum P.Ramlee di Pulau Pinang

Museum P.Ramlee ini adalah 
rumah asal kelahiran P.Ramlee.
Ia dibina pada tahun 1920 oleh Bapa 
P. Ramlee serta bapa saudaranya Rejab Bin Husin.
Ia terletak  di N0. 4, Jalan P Ramlee, 
Georgetown, Pulau Pinang.
Bahgian Rumah ini terbahagi kepada Pengenalan P.Ramlee
Ruangan Seni $& SukanBilik Tidur & Ruang Dapur
 
Untuk maklumat lanjut ikuti link berikut @
Selamat berkunjung.

Monday, October 1, 2018

Masjid Kapitan Keling @ Pulau Pinang


Masjid Kapitan Kling yang terletak di Lebuh 
Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. 
Ia dibina oleh tentera Syarikat India Timur apabila 
mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.
Ketua kaum India Muslim, Caudeer Mohudeen aka Kapitan Kling  memohon tanah 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid. 
Masjid yang ada sekarang dibina pada 1916 
bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya.
Selamat berkunjung.

Tuesday, July 24, 2018

Museum Of Glass @Penang


Museum of Glass - Muzium Gelas pertama di negara ini boleh dikunjungi di Pulau Pinang.
Museum ini juga turut diiktiraf oleh malaysia Book of Record sebagai Muzium Glass Pertama di Malaysia.
Muzium ini terletak di Mount Erskine Road.
Pengunjung juga berpeluang mengikuti cara-cara melukis di atas kaca untuk dijadikan oleh-oleh sebelum pulang.
Untuk maklumat lanjut ikuti link berikut @

Wednesday, January 3, 2018

Owl Museum @ Penang


Owl Museum di Pulau Pinang mempunyai koleksi 
menarik lebih 1000 artifak burung hantu.
Koleksi burung hantu itu dicipta oleh artis seluruh dunia.
Museum yang terletak di Penang Hill  ini beroperasi 
daripada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Tiket masuk berharga RM10 untuk dewasa. Kanak-kanak 
bawah 12 tahun ditemani golongan dewasa adalah percuma.
Selamat berkunjung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...