Showing posts with label jalan2-kl. Show all posts
Showing posts with label jalan2-kl. Show all posts

Friday, March 1, 2019

Muzium Polis Diraja Malaysia @ KL


Muzium Polis DiRaja Malaysia  terletak di Jalan 
Perdana, antara Masjid Negara dan Taman Tasik.
Muzium ini diilhamkan oleh Penguasa Sekolah Pusat 
Latihan Polis, iaitu PGB Waller pada tahun 1950.
 Ia kemudiannya dirasmikan pembukaannya 9 
Januari 1961 oleh Yang di-Pertuan Agong ke-3.
Muzium ini mempamerkan beribu barangan menarik 
berkait dengan janayah dan menghalang jenayah.
Koleksi senjata mempamerkan senjata-senjata 
yang pernah digunakan oleh Polis Diraja Malaysia.


Selamat berkunjung.

Sunday, February 3, 2019

Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur juga dikenali 
sebagai “Sangkar Terbang Bebas Terbesar di Dunia”. 
 Pelawat berpeluang menyaksikan lebih 
200 spesis burung tempatan dan asing. 
Taman ini dibahagikan kepada empat zon, di mana 
burung-burung akan terbang bebas di Zon 1, 2 dan 3.  
Di Zon 4, burung diletakkan di dalam sangkar yang lebih kecil. 
Pelawat juga berpeluang menyertai  sesi memberi makan 
kepada burung serta menyakiskan pertunjukan Khas.
.
Waktu melawat ialah dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 setiap hari
Selamat berkunjung

Thursday, June 23, 2016

Promosi Aidilfitri @ Bangsar Shopping Centre






Setiap tahun, Bangsar Village menjadi tumpuan kepada mereka yang menginginkan kueh mueh menyambut Aidilfitri. Pelbagai gerai menjual kuih dan keperluan hari raya bersedia menunggu pengunjung.
Pelbagai gerai menjual kuih
dan keperluan hari raya bersedia menunggu pengunjung.

Pelbagai jenis kuih raya turut tersedia bagi mereka yang mahu membelinya.

Beberapa gerai khusus menjual kueh mueh tersedia untuk mereka yang memerlukan bekalan kueh hari raya.


Pelbagai jenis kuih diperagakan bersama hamper
yang sesuai digunakan ketika musim perayaan.


Tidak ketinggalan juga ialah gerai pakaian yang sesuai
bagi pelanggan wanita untuk mempergayakan
pakaian masing-masing ketika menyambut lebaran.

Saturday, June 27, 2015

Promo Raya Bangsar Shopping Centre, BSC

Foyer Bangsar Shopping Centre di ibunegara sekali lagi berubah wajah. Lokasi promosi Aidilfitri dibuat khusus berkonsepkan kesenian Turki yang menarik.
Pengunjung boleh merasakan seperti 
membelibelah di Pasar Ankara ataupun di Istanbul.
 Bahan-bahan jualan disedia khas 
untuk menyambut kedatangan Aidilfitri.
 Kueh Muih, pakaian serta barangan keperluan berhari
raya yang popular tersedia untuk pilihan pelanggan.
Selamat berkunjung.

Tuesday, August 6, 2013

Promosi Aidilfitri 2013 @ One Utama

Concourse di Pusat beli-belah One Utama menyediakan gerai-gerai khas sempena Aidilfitri.
 Setiap gerai menawarkan barang sempena perayaan yang bakal disambut.
Kuih-muih tradisional sehingga barangan khas lain diperagakan secara rapi.
Para pengunjung juga turut dihiburkan dengan pelbagai 
persembahan termasuk pertunjukan fesyen khas Hariraya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...