Saturday, December 9, 2017

Istana Seri Menanti


Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan  menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. 
Kini, istana itu berubah "peranannya" menjadi muzium.
 Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau.
Ia adalah  istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908.
Istana setinggi empat tingkat disediakan Pelan asalnya oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. 
Pada ketika ini  Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. 

Tuesday, November 28, 2017

Bersantai di Tasik Putrajaya

Satu tempat yang boleh dikunjungi untuk 
bersantai di hujung minggu ialah Tasik Putrajaya.
Di sini tersedia Cruise Putrajaya yang membolehkan anda 
menikmati keindahan Putrajaya dengan menaikki boat khas.

Ada dua pilihan yang dibuat iaitu mengikuti cruise sightseeing dan satu lagi  berbentuk Gondola bernama Perahu Dondang Sayang.
Cruise Putrajaya ini  mengambil masa 20 hingga 25 minit.
Di samping itu pengurusan tasik juga menyediakan boat 
khas yang boleh memuatkan 20 hingga 40 penumpang.


Untuk maklumat lanjut ikuti link berikut

http://www.cruisetasikputrajaya.com/
Selamat berkunjung.

Thursday, November 9, 2017

Bao Sheng Durian Farm di Pulau Pinang

Bao Sheng Durian Farm di Pulau Pinang menjadi tumpuan penggemar tegar yang ingin menikmati keenakan pelbagai jenis durian berkualiti setiap kali tiba musim durian
Ia terletak di Sungai Pinang, Balik Pulau di mana terdapat enam jenis pokok durian pelbagai gred yang ditanam di atas tanah seluas 6.7 ekar sejak tahun 1959.
Durian Balik Pulau sememangnya menjadi tarikan utama dan kualiti buah tersebut menjadi sebutan ramai.
Pemilik Bao Sheng Durian farm menyediakan  lima buah‘homestay’ yang bercirikan vila  untuk pengunjung yang ingin menikmati suasana malam di dusun.
Dua buah vila berkonsepkan ciri-ciri Bali, Indonesia  disediakan untuk mereka yang inginkan kelainan dan bermalam di dalam hutan. 
Penyediaan pakej ‘durian tour’ turut disediakan untuk pengunjung yang berminat.
Melalui aktiviti ini, pengunjung berpeluang meredah dusun dan menanti durian gugur dan mereka turut diajar mengenal jenis dan kualiti buah tersebut.
Pakej makan durian turut disediakan berdasarkan gred dan kualiti buah yang diingini  pelanggan. 

Sunday, October 22, 2017

Mari Mari Cultural Village @ Sabah


Mari-Mari Cultural Village membolehkan pengunjung melihat cara hidup, budaya 
dan rumah pelbagai suku kaum di Sabah.
Antara rumah yang tersedia termasuk  Rumah 
Bidayuh, Bajau, Kadazan, Murut dan Dusun.
Desa budaya ini terletak di tengah-tengah lingkungan hutan 
terpencil di Inanam sekitar 25 km dari Kota Kinabalu.
Pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan 
 tarian kebudayaan pelbagai etnik Sabah di sini.
Harga tiket yang dikenakan ialah:
Rakyat Malaysia = Non-Malaysia
Dewasa RM140 RM160
Knak-Kanak (5-11 tahun) RM110 RM140
Selamat berkunjung.

Sunday, September 10, 2017

Rumah Api Fort Cornwallis di Padang Kota

Rumah api ialah menara bagi membantu ahli pelayaran atau 
nakhoda kapal di laut untuk belayar dan mendarat dengan selamat. 
Menara Fort Cornwallis di Pulau Pinang ini  
dilengkapi dengan sistem lampu atau cahaya api.
Ia diperbuat daripada kerangkaan besi berwarna putih sehingga 21 meter. Jarak penglihatan pula mengjangkau sehingga 16 batu nautika. 
Kota Cornwallis ini mendapat namanya bersempena nama Gabenor Jeneral Inggeris di Bengal pada ketika itu iaitu Charles Cornwallis.
Selamat berkunjung.

Monday, September 4, 2017

Taiping Night Safari

Night Safari Taiping adalah satu produk pelancongan unik yang mempamerkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dengan menggunakan lampu-lampu khas. 
Pengunjung dapat menghayati sepenuhnya pengalaman ini dan pengunjung dikehendaki meminimakan bunyi-bunyi atau suara supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan ini serta tidak mengganggu ketenteraman di Night Safari. 


Pengunjung dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash di sini kerana ini boleh  mengganggu haiwan yang dipamerkan.

Selamat berkunjung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...