Showing posts with label makan2-penang. Show all posts
Showing posts with label makan2-penang. Show all posts

Monday, January 21, 2019

Nasi Briyani Restoran Kapitan @ P.Pinang


Sekiranaya anda berada di Pulau Pinang, 
pastikan anda singgah di Resatoran Kapitan.
Restorana ini terkenal dengan nasi Briyaninya yang istimewa. Ia terletak di No. 93, Lebuh Chulia, Georgetown, Pulau Pinang.
Penggemar Nasi Briyani Kapitan,pastinya akan 
singgah di restoran itu setiap kali ke Pulau Pinang.
Ia juga turut menawarkan Nasi Briyani 
Claypot - yang jarang ditenui di mana-mana.
Selamagt mencuba.

Sunday, January 6, 2019

Soup Hameed Penang Road di Pulau Pinang

Sup Hameed di Penang Road memang popular di 
kalangan penduduk setempat dan pelanggan setianya.
Restoran ini terletak di Penang 
Road berhadapan Hotel Malaysia.
Waktu perniagaan bagi Sup ini ialah selepas 
jam 4.30 petang hingga larut malam.
Di luar restoran pengunjung juga boleh mencuba 
pelbagai jenis makanantersedia dari gerai-gerai yang ada.
Ikuti link berikut mengenai Sup Hameed sebelum ini

Monday, December 17, 2018

Nasi Kandar Beratur - Malam @ Penang


Nasi Kandar Beratur di Pulau Pinang  mempunyai 
dua shift berbeza iaitu sebelah siang dan malam.
Ia dikelolakan oleh dua pengusaha yang 
berbeza dengan menu yang berbeza.
 Sekiranya anda ke Pulau Pinang, pastikan 
anda mencuba kedua-duanya sekali.
Restoran ini  terletak di Lebuh Buckingham 
bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling.
Ikuti link berikut utk. foto shift Siang @
Selamat mencuba.

Thursday, November 9, 2017

Bao Sheng Durian Farm di Pulau Pinang

Bao Sheng Durian Farm di Pulau Pinang menjadi tumpuan penggemar tegar yang ingin menikmati keenakan pelbagai jenis durian berkualiti setiap kali tiba musim durian
Ia terletak di Sungai Pinang, Balik Pulau di mana terdapat enam jenis pokok durian pelbagai gred yang ditanam di atas tanah seluas 6.7 ekar sejak tahun 1959.
Durian Balik Pulau sememangnya menjadi tarikan utama dan kualiti buah tersebut menjadi sebutan ramai.
Pemilik Bao Sheng Durian farm menyediakan  lima buah‘homestay’ yang bercirikan vila  untuk pengunjung yang ingin menikmati suasana malam di dusun.
Dua buah vila berkonsepkan ciri-ciri Bali, Indonesia  disediakan untuk mereka yang inginkan kelainan dan bermalam di dalam hutan. 
Penyediaan pakej ‘durian tour’ turut disediakan untuk pengunjung yang berminat.
Melalui aktiviti ini, pengunjung berpeluang meredah dusun dan menanti durian gugur dan mereka turut diajar mengenal jenis dan kualiti buah tersebut.
Pakej makan durian turut disediakan berdasarkan gred dan kualiti buah yang diingini  pelanggan. 

Saturday, March 16, 2013

Pasembur Gurney Drive @ Penang



Jika anda di Pulau Pinang khususnya di Persiaran Gurney, apa kata singgah sebentar di Kompleks Makanan Persiaran Gurney.
Pastikan anda mencuba Pasembor - Rojak Pulau Pinang yang terkenal di kalangan penduduk setempat serta pelanggan yang singgah. Pelbagai jenis bahan Pasembur boleh dipilih mengikut selera Anda.
Harganya juga berpatutan untuk anda sekeluarga 
di samping persekitaran yang agak bersih..
Selamat mencuba.

Thursday, February 21, 2013

Nasi Kandar Beratur - Siang @ Penang


Sekiranya anda ke Pulau Pinang, pastikan 
anda mencuba Nasi Kandar Beratur.
Anda boleh mencuba di waktu siang mahupun waktu malam 
dengan rasa yang berbeza kerana berbeda resipi & pengusaha. Restoran ini  terletak di Lebuh Buckingham 
bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling.
Foto Nasi kandar beratur sebelah malam bakal menyusul.
Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...