Showing posts with label jalan2-eropah/amsterdam. Show all posts
Showing posts with label jalan2-eropah/amsterdam. Show all posts

Sunday, December 16, 2018

Amsterdam Floating Flower Market


Pasar bunga terapung  Amsterdam,  BLOEMENMARKT adalah antara lokasi menarik yang sering dikunjungi pelancong luar negara.


Pasar ni merupakan pusat penjualan bunga 
dan anak benih yang paling terkenal di Netherland.


Bloemmarkt atau nama inggerisnya Floating Flower Market bukan sekadar menjual bunga, ia turut  menjual pelbagai barangan dan jenis cenderamata.


Pastikan Anda ke sini bagi meninjau penghidupan penduduk tempatan di samping menyaksikan karenah pengunjungnya.

Pelbagai jenis bunga tulip dijual di sini, dan benih-benih bunga disediakan siap oleh pengusaha  bagi memudahkan pembeli membawa pulang benih-benih tersebut. 

Floating Flower Market ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Sabtu. Pada hari Ahad ia buka lewat sikit dari jam 11 pagi hingga 5.30 petang. 



Selamat berkunjung

Tuesday, January 25, 2011

Menyusuri Terusan Amsterdam

Antara aktiviti utama pelancong ketika mengunjungi Amsterdam - pastinya menaikki
boat (canal-cruises) mengelilingi terusan-terusan sekitar bandar.



ccANALcDi hadapan Centraal Station menjadi pusat hentian kapal bermotor cccccAAAA
Canal cruise ini sentiasa bersiapsedia untuk mengangkut pelancong yang ingin meneroka terusan-terusan Amsterdam di samping menikmati persekitaran kotaraya itu.

Antara aktiviti lain untuk pelancong di Amsterdam ialah membeli-belah,
mengunjungi museum Van Gogh dan museum Ann Frank - gadis
13 tahun yang menulis pengalamannya dalam novel Anne Frank's Diary .
Satu lagi cara mudah mengunjungi kota ini ialah dengan
mengikuti city tour dengan menaikki bas hop-on hop off.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...