Showing posts with label makan2-putrajaya. Show all posts
Showing posts with label makan2-putrajaya. Show all posts

Friday, July 19, 2013

Bazar Ramadhan 2013 @ Putrajaya

Bazar Ramadhan Putrajaya bermula 10 Julai lalu sehingga 7 Ogos 2013.
Di samping Bazar Ramadhan itu pengunjung juga berpeluang 
 membelibelah persiapan raya dan pakaian di Kiblat Walk.
Waktunya ialah  dari jam 12 tengahari 
(10 pagi hujung minggu) hingga 12 malam setiap hari.
Ia terletak di Komplek Perbadanan Putrajaya di Presint 3 berserta 
Komplek Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Mosque dan Qiblat Walk
Selamat berkunjung.

Sunday, August 16, 2009

Mee Rebus Haji Wahid @ Putrajaya



Bagi peminat Mee Rebus Haji Wahid di Lembah Kelang, mereka boleh mendapatkan Mee kegemaran mereka di Gerai Mee Rebus salah seorang anak Haji Wahid iaitu Zainal di Gerai Makanan Jalan P9C, di Presint 9, Putrajaya.
Gerai ini letaknya bersebelahan dengan Kelinik Kesihatan, Putrajaya, Presint 9.

Ia dikelolakan di bawah syarikat Albarakath Restaurant & Catering services yang turut menyediakan perkhidmatan catering.
Keisitmewaan Gerai ini ialah Mee Rebusnya berharga RM3.50 sepinggan yang diadun khas dengan keropok, tauge, telur pindang, potongan lada hijau, taburan bawang goring disulami dengan perahan limau nipis sekiranya mahu.
Apa yang menyebabkannya istimewa ialah adunan mee kuning dan tauge yang disirami dengan kuah pekatan kentang.

Gerai ini juga menjual menu lain selain daripada Mee Rebus seperti Soto, Nasi Impit, Soto Mee Hoon, Soto Mee, Nasi Tomato dan Nasi Ayam.
Tujuh daripada 12 anak Haji Wahid dan dua cucunya melanjutkan perniagaan Mee Rebus ini di Taman Rinting, Larkin Market food Court, Kampung Melayu dan di sebelah masjid Kolam Air, semuanya di Johor.

Cawangan di luar Johor yang diusahakan oleh anak-anak Haji Wahid di samping Presint 9, Putrajaya ialah di Section 24 Shah Alam oleh Yassin yang dahulunya berniaga di Tepian Tebrau, JB, dan di Sri Hartamas yang diusahakan oleh Nasir yang dahulunya berniaga di Komplek Kotaraya, J.Bahru.


* Lihat juga Blog : Mee Rebus Haji Wahid @ JB sebelum ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...