Sunday, December 16, 2018

Amsterdam Floating Flower Market


Pasar bunga terapung  Amsterdam,  BLOEMENMARKT adalah antara lokasi menarik yang sering dikunjungi pelancong luar negara.


Pasar ni merupakan pusat penjualan bunga 
dan anak benih yang paling terkenal di Netherland.


Bloemmarkt atau nama inggerisnya Floating Flower Market bukan sekadar menjual bunga, ia turut  menjual pelbagai barangan dan jenis cenderamata.


Pastikan Anda ke sini bagi meninjau penghidupan penduduk tempatan di samping menyaksikan karenah pengunjungnya.

Pelbagai jenis bunga tulip dijual di sini, dan benih-benih bunga disediakan siap oleh pengusaha  bagi memudahkan pembeli membawa pulang benih-benih tersebut. 

Floating Flower Market ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Sabtu. Pada hari Ahad ia buka lewat sikit dari jam 11 pagi hingga 5.30 petang. 



Selamat berkunjung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...