Bagi peminat aktiviti lasak di hujung minggu, apa
kata mencuba mendakiBukit Tabur yang terletak
antara Taman Melawati & UIA Gombak.
Ia popular di kalangan peminatnya kerana
lokasi yang begitu hampir di Ibunegara.
Ia juga popular kerana Mendaki Bukit Tabur
hanya mengambil masa kira-kira dua jam.
Antara pemandangan yang boleh dilihat ialah Empangan
Kelang Gate serta bandaraya metropolitan Kuala Lumpur.
Pengunjung juga berpeluang melalui cerun-cerun yang tersedia dan menemui laluan berpermaidani hijau di penghujung pendakian.
Selamat berkunjung.
Foto Ihsan Nurul Sofia Ahmad Fuad.
No comments:
Post a Comment