Menjejak Makanan Sedap & Destinasi Menarik. Locating interesting places and food venues.
Friday, April 30, 2010
Ikan Bakar @ Jalan Belammy
Tempat ini sentiasa menjadi tumpuan para pengunjung khususnya pada waktu tengahari. Mencari tempat meletak kereta merupakan satu cabaran buat pengunjung ke sini.
Apa yang ditawarkan ialah pelbagai jenis ikan bakar mengikut selera anda dengan tawaran harga yang berpatutan.
Gerai-gerai ikan bakar mula beropersi sejak awal tahun 80an.Ia dibangunkan pada tahun 1984 dengan pembinaan gerai yang lebih sempurna sepertimana yang ada sekarang.
Orangramai juga boleh mengunjungi tempat untuk menjamu selera pada sebelah malam.
Alamatnya adalah sebagaimana berikut.
Labels:
makan2-kl
Wednesday, April 28, 2010
Mee Bandung Udang @ MidValley
Mee Bandung memang popular dan boleh didapati dikebanyakkan gerai. Pastinya yang paling popular ialah Mee Bandung Muar. Sekiranya anda secara kebetulan berada di Mid Valley di ibunegara, apa kata mencuba Mee Bandung Udang di Restoran Belanga.
Sekiranya anda secara kebetulan berada di Mid Valley di ibunegara,
apa kata mencuba Mee Bandung Udang di Restoran Belanga.
Mee bandungnya istimewa sedikit kerana ia disertakan 5 ekor Udang.Nama Mee Bandungnya juga ialah Mee Bandung Udang. Hidangannya agak banyak dengan mangkuk yang agak besar. Anda boleh berkongsi 2 orang untuk menghabiskannya. Harganya agak tinggi sedikit iaitu RM13.90 sepinggan.
Restoran ini juga turut menawarkan pelbagai jenis makanan khususnya dari Kelantan.
Pengunjung juga boleh mencuba Nasi Ayam Berempah serta Nasi Berlauk Ayam Percik.
Anda juga boleh mencuba pencuci mulutnya iaitu Lompat Tikam.
Labels:
makan2-kl
Subscribe to:
Posts (Atom)