Mee Rebus Haji Wahid yang popular di Johor Bahru kini boleh dinikmati di Sri Hartamas di samping Putrajaya. Seorang lagi anak Hj.Wahid, Nasir membuka Mee Rebus BAIDALI di Aji Don Alley, E-1-16 Block E Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas, Taman Sri Hartamas, KL.
Apa yang menyebabkannya istimewa ialah adunan mee kuning, tauge, telur pindang, taburan bawang goreng yang disirami dengan kuah pekatan kentang.
Nasir berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1996 dan membuka gerai Mee Rebusnya di medan selera di Wisma Denmark, Jalan Ampang. Dia kemudian berpindah ke UNCLE DON di Sri Hartamas dan berpindah ke tempat baru apabila UNCLE DON ditutup. Kini gerai mee rebusnya berpusat di Restoran Aji Don, di Plaza Damas, Sri Hartamas dan cawangannya pula di Kafe Mak Tim yang terletak di AU2C, Taman Keramat.Nasir turut menyediakan menu tambahan
iaitu Mee Rebus Tulang yang boleh didapati di gerainya di Plaza Damas pada
setiap hari Jumaat dan Sabtu. Gerai Mee Rebus Baidali beroperasi dari
jam12 Tengahari ke 9 malam setiap hari kecuali hari Ahad di Restoran Aji Don di
Plaza Damas, Sri Hartamas dan setiap hari di Kafe Mak Tim, AU2C, Taman Keramat.