Tuesday, December 22, 2009

Sari Ratu @ Subang Parade.




Restoran Sari Ratu yang menawarkan makanan nasi padang asli kini boleh ditemui di Subang Parade.

Restoran yang beribupejabat di Jakarta itu kini melebarkan jaringan restorannya menjadi 20 buah cawangan di Lembah Klang. Restoran itu boleh dikunjungi di Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang; Ampang Water Front, Taman Kosas, Ampang; Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya dan Kota Damansara.

Restoran Seri Ratu di Subang Parade adalah cawangan paling terbaru di Lembah Klang.

Restoran Sari Ratu mula dibuka di Malaysia pada Julai 2001 dan telahpun mempunyai 15 cawangan di Jakarta, Indonesia.
*Lihat juga blog sebelum ini mengenai - Gulai Otak Lembu & Belut Goreng.

Sunday, December 20, 2009

Tip-Top @ JB




Restoran Tip-Top terletak di Tepian Tebrau di belakang Straits View Hotel iaitu tidak jauh dari Dataran Bandaraya J.Bahru.

Restoran ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan tetap yang menggemari menu khas restoran ini - iaitu Ikan Bakar. Di samping itu turut ditawarkan pelbagai jenis makanan seafood seperti udang, ketam, kupang dan pelbagai lagi. Anda juga boleh mencuba sotong bakar serta sotong kangkungnya.


Ketika di sini cuba juga minuman AMC, Cendol, Ais Jelly dan banyak lagi.

Wednesday, December 16, 2009

Tony Roma @Midvalley




Restoran Tony Roma’s terkenal dengan kelazatan ‘Steak"nya. Restoran antarabangsa ini mempunyai lebih 260 lokasi di 32 buah negara.


Bagi pelanggan yang mahu mencuba restoran ini, cubalah keenakan pelbagai jenis Steak yang tersedia.

Bagi penggemar burger, anda juga boleh mencuba Roma Burger. Dengan campuran keju cedar, hirisan tomato, bawang merah , salad dan jeruk. Harganya juga agak berpatutan.
Pelanggan juga boleh mencuba pilihan Grilled Chicken, Chicken Tenders ataupun ikan Salmon.
Bagi mereka yang gemarkan makanan vegetarian, cubalah pelbagai jenis salad yang tersedia dengan adunan dengan pelbagai dressingnya.
Layari laman web restoran ini di www.tonyromas.com

Thursday, December 10, 2009

Laksa Shack



Laksa Shack mula dibuka pada tahun 2003 dengan cawangan pertamanya terletak di pusat membeli-belah 1 Utama. Kini Laksa Shack sudah mempunyai lebih 25 cawangan di seluruh negara.

Laksa Shack menawarkan 7 jenis laksa dari pelbagai negeri. Laksa Shack sentiasa menjalankan R&D dari masa ke semasa bagi memastikan laksanya sentiasa menepati citarasa pelanggan.

Hidangan yang paling popular adalah Laksa Assam dan juga Laksa Johor. Nasi Berdulang juga adalah antara tarikan utama di Laksa Shack. Sesuai untuk dimakan sekeluarga, sememangnya hidangan ini jarang diperolehi di mana-mana restoran.

[ls-07.jpg]
Untuk maklumat lanjut layari www.laksashack.com.my

Saturday, December 5, 2009

Marche @ The Curve



Restaurant Marche di The Curve, Selangor mempunyai keistimewaan tersendiri bagi para pengunjungnya. Restoran berkonspekan makanan ala-switzerand itu mempunyai pendekatan tersendiri bagi menarik perhatian pelanggannya.

Sebelum melangkah masuk ke restoran, pelanggan akan diberikan kad semacam passport. Ia untuk dibawa ke gerai-gerai semasa membuat pesanan dan kemudian akan diberikan cop. Sebelum balik, pelanggan perlu membawa kad ini ke kaunter untuk dikira dan bayar. Agak unik dan mudah.

Di dalam restoran ini ada konsep gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan.


Restoran Marche
Alamat: The Curve, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor
No Telefon: 03 7727 8461


Wednesday, December 2, 2009

Danau Toba



Danau Toba terletak di antara 3 daerah iaitu Simalungun, Parapat dan Ambarita di Sumatera Utara, Indonesia. Secara pentadbirannya Danau Toba adalah sebahagian dari wilayah Tapanuli Utara.

Waktu perjalanan dari kota Medan ialah kira-kira 4 jam dengan menaikki kereta atau bas.
Danau Toba adalah salah-satu danau terbesar di dunia dan terbesar di Indonesia. Ia mempunyai keluasan 100 km x 30 km hingga menjadikan Danau Toba bagaikan sebuah lautan yang luas. Di tengahnya terdapat sebuah pulau - Pulau Samosir, yang berada pada ketinggian 1000 meter di atas permukaan laut.

Pelancong dapat mengunjungi pulau Samosir dengan menaikki feri dari dermaga di kawasan Ajibata, Parapat. Sesampainya di Tomok pulau Samosir, pengunjung boleh mengunjungi beberapa lokasi pelancungan seperti Danau Aek Natonang dan Danau Sidihoni, makam Raja Sidabutar dan komplek rumah tradisional Batak Toba Samosir.


Bagi yang ingin melihat perkampungan dan corak hidup masyarakat Batak, dan membelibelah cenderamata mereka boleh mengunjungi Kampung Ambarita dan Tomok.

Pengunjung pastinya dapat menikmati udara yang segar dan sejuk serta suasana yang nyaman ketika berkunjung ke Danau Toba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...