Tuesday, January 19, 2010

Selera Idaman @ Damansara



Menurut ensiklopedia wikipedia.org perkataan tom yum (bahasa Thai: ต้มยำ, IPA: [tôm jām], juga terkadang disebut tom yam atau dom yam) adalah sup yang berasal dari Thailand. Sup ini merupakan salah satu makanan Thailand yang terkenal. Tom yum biasanya dibuat dengan udang (tom yum goong), ayam (tom yum gai), ikan (tom yum pla), atau makanan laut yang dicampur (tom yum talay atau tom yum po taek) dan jamur.

Masakan Tomyam kini telah menjadi antara resipi yang diminati rakyat Malaysia. Restoran Idaman di Mutiara Damansara adalah antara yang begitu popular dengan masakan tomyam bersantannya.

Ia juga turut menawarkan pelbagai jenis makanan ala-Thailand lain.

Restoran Idaman terletak di sebuah kawasan perumahan di Mutiara Damansara berhampiran dengan pusat membelibelah The Curve.

Anda boleh mengunjungi restoran ini di alamat berikut.

Sunday, January 17, 2010

Kopitiam-Killiney @ Mid Valley


Pelbagai jenis restoran kopitiam kini berada di pasaran. Sekiranya anda mahu mengubah selera, anda boleh mencuba Kopitiam Killiney di Mid Valley. Ia menawarkan pelbagai jenis roti bakar serta makanan lain yang mampu memenuhi selera anda.

Di samping roti bakar yang menjadi keistimewaan restoran ini khususnya untuk sarapan dan minuman teh petang - turut ditawarkan ialah pelbagai jenis makanan lain. Apa yang menyelerakan pastinya ialah Mee Rebus yang mempunyai rasa sepertimana Mee Jawa.

Restoran yang berasal dari Singapura ini boleh dikunjungi di
Killiney Kopitiam
Lot G(E) 011-A

Thursday, January 14, 2010

Nailis @ Taipan, Subang Jaya


Sekiaranya anda bernostalgia pada zaman anda memakan ubi rebus ketika di kampung, dan mahu mengulanginya lagi singgahlah ke Nailis di Taipan, Subang Jaya.

Restoran yang mempunyai ciri tersendiri ini tersedia menghidangkan ubi rebus bercecahkan kelapa manis ataupun sambal tumis.

Di samping itu hidangan makanan lain turut tersedia seperti Nasi Lemak, Mee Goreng, Mee Hoon Goreng, Kuetiau Goreng dan pelbagai menu hidangan enak lain.

Apa yang istimewanya dengan Nailis ialah ia menggunakan dekor yang bercirikan ala kampung dengan persekitaran suasana yang nyaman dan tenang.

Di samping Restoran di USJ ini, anda juga boleh mengunjunginya di Sentul, Ampang Point dan Damansara Uptown.
Untuk maklumat lanjut layari www.nailisplace.com

Tuesday, January 12, 2010

Le Cucur @ Mid Valley



Sekiranya anda secara kebetulan membeli buku di MPH dan perlukan cafe untuk melepaskan dahaga - apakata singgah di cafe di MPH iaitu Le Cucur.

Apa yang menariknya ialah Le Cucur khususnya di Mid Valley, di ibunegara, menawarkan pelbagai kueh tradisional yang enak rasanya.

Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan dan khusus disesuaikan bagi para pengunjung kedai buku itu.

Tuesday, January 5, 2010

Asam Pedas @ Danga-Link,JB

Sekiranya anda berada di Johor Bahru dan ingin mencuba menu Asam Pedas, apa kata mengunjungi Restoran Asam Pedas Danga-Link. Restoran itu boleh dikunjungi di Kampung Sungai Danga di Jalan Kassim Noor.

Menu Asam Pedas itu khusus disediakan untuk waktu makan tengahari.
Sekiranya anda tidak berminat dengan Asam Pedas, anda boleh mencuba pelbagai jenis menu makanan lain.

Lokasi restoran itu terletak kira-kira 5km dari Plaza Tol Perling.
Restoran ini juga turut menawarkan pelbagai hidangan sarapan istimewa seperti Nasi Lemak, Soto Ayam, Mee Hoon & pelbagai lagi.

Monday, January 4, 2010

Ali Asam Pedas @ Batu Pahat



Sekiranya anda berada di Batu Pahat, Johor dan ingin merasakan Asam Pedas Johor, apa kata anda singgah ke Ali Asam Pedas di Taman Bukit Mutiara berhadapan stesen minyak Esso, kira-kira 10 minit perjalanan dari bandar Batu Pahat.

Apa yang istimewaanya ialah sajian Kepala Ikan serta pelbagai jenis ikan hidangan Asam Pedas yang tersedia di dalam periuk untuk dipilih.

Sekiranya anda bukan peminat Asam Pedas, makanan biasa lain turut tersedia.
Jangan lupa juga mencuba rojak tahu istimewa yang begitu popular di Batu Pahat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...