Friday, March 19, 2010

Sarapan @ Asam Pedas-Danga Link


Restoran Asam Pedas Danga-Link yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Plaza Tol Perling di Johor Bahru menawarkan menu Asam Pedas untuk waktu makan tengahari.


Restoran ini yang terletak kira-kira 5km dari Plaza Tol Perling turut menawarkan pelbagai jenis hidangan sarapan setiap hari. Ia terletak di Kampung Sungai Danga, di Jalan Kassim Noor.



**Lihat juga blog sebelu ini mengenai Restoran Asam Pedas Danga Link.

Tuesday, March 16, 2010

Swensen's Luncheon

Untuk mengubah selera khususnya ketika makan tengahari atau malam, apa kata kalau berkunjung ke restoran SWENSEN’S di Subang Parade.

Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan barat berteraskan makanan dari Amerika Syarikat dengan tawaran harga diskaun pada waktu makan tengahari.

Anda boleh memesan pelbagai jenis makanan barat yang berasaskana makanan laut, pasta, sandwich, spaghetti, soup dan pelbagai lagi.

Bagi peminat ice-cream, restoran ini turut menawarkan pelbagai jenis hidangan ice cream
untuk memenuhi selera anda.

Friday, March 12, 2010

Fish & Co @ KK

Sekiranya anda mengunjungi Kota Kinabalu, Sabah apa kata anda mencuba Restoran Fish & Co yang terletak di Warisan Square bersebelahan dengan Hotel Le Meridian.

Apa yang menariknya ialah hidangan pelbagai makanan laut yang terasa fresh berkemungkinan kerana pelbagai makanan yang dihidangkan diperolehi dari kawasan laut di sekeliling bandar Kota Kinabalu.

Persekitaran serta susunatur restoran yang damai serta hidangan makanan laut istimewa pastinya mengamit pengunjung ke Restoran ini.

Bagi mereka yang berada di kota Kinabalu anda boleh mengunjungi restoran ini di alamat
Lot 4 & 5, Grd Floo, Warisan Square, Kota Kinabalu.

Tuesday, March 9, 2010

Kacang Pool @ Larkin, JB

Kalau anda ingin mencuba Kacang Pool istimewa yang dimakan bersama roti, apa kata anda ke Plaza Larkin, J.Bahru.

Kunjungilah gerai Kacang Pool Haji di Plaza Larkin terletak bersebelahan stesen besar bas J.Bahru, di Larkin.

Kacang Phool lazimnya berkuah daging hancur, kacang merah yang dihalus disertai rempah perasa.
Ia ditambah istimewa apabila diletakkan telur mata kerbau di atas Kacang Pool itu.

Bagi para peminat Kacang Pool Haji di Lembah Klang, anda boleh mengunjungi cawangan barunya di
ALAMAT D-O-07 ,
Ritzie, Perdana Service Apartment,
Jalan PKU 8/2,
Damansara Perdana.

Sunday, March 7, 2010

Restoran Ubi Kayu @USJ,Subang Jaya

Sebuah lagi restoran masakan Melayu boleh ditemui di USJ, Subang Jaya, Selangor.

Restoran yang dimaksudkan ialah Restoran Ubi Kayu.

Restoran yang menawarkan pelbagai jenis makanan Melayu ini turut menawarkan hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Bagi mereka yang mahu mengunjungi restoran ini silalah ke

Restoran Ubi Kayu

No.2, Jalan USJ 9/5N

Subang Jaya

Selangor Darul Ehsan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...