Saturday, May 14, 2011

Jom ke Bandar Maharani, Muar, Johor

Bandar Muar memilikki banyak bangunan bersejarah dan menjadi tarikan kepada para pelancong khususnya yang meminati bidang rekabentuk bangunan.
Sekiranya anda berkunjung ke bandar ini, pastikan anda mengunjungi Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar.
Pada 1925, kerja-kerja membangunkan Masjid jamek Sultan Ibrahim dimulakan. 5 tahun kemudian masjid ini berjaya disiapkan.
Bangunan Kastam yang terletak di Jalan Maharani dibina dalam tahun 1909. Satu ketika dulu Muar pernah menjadi pusat pelabuhan dan mempunyai terminal keretapi.
Sebuah bangunan yang bercirikan neo-klasik ialah Bangunan Sultan Abu Bakar yang terletak di Jalan Petrie. Bangunan itu kini dijadikan Pejabat Tanah Muar.
Muar turut dikenali sebagai Bandar Maharani, nama yang diberikan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1884. Selama bertahun-tahun Muar adalah bandar yang kedua terbesar di Johor. Kedudukanya kini iambil alih oleh Batu Pahat.

Wednesday, May 11, 2011

Restoran Bakau 'D' Muara @ Lumut


Sekiranya anda berada di Lumut, dan ingin membawa keluarga makan malam, anda boleh mencuba Restoran Bakau 'D'Muara.
Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan laut, dan antara restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan laut seperti ikan, ketam, sotong mahupun udang.
Bakau D'Muara bermula sebagai sebuah kedai makan di Lekir – sebuah kampung di tepi laut berhampiran Lumut.

Cawangan Restoran 'D' Muara di Perak

Lumut – Perak, Jalan Titi Panjang.

Tel: 0124326449/0175807669

Lekir – Sitiawan

Batu 6, Jalan Lekir, 32020, Sitiawan, Perak.

Tel: 012-4326449/0175691550.

Lekir 2 – Sitiawan

Batu 8, Jalan Lekir, 32020, Sitiawan, Perak,

012-4326449/0175691550.

Anda juga boleh melawat lamanweb restoran ini di:

Monday, May 9, 2011

Nasi Lemak CT Garden @Kg. Baru, KL



Nasi Lemak CT Garden terletak di Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.


Ia dibuka setiap hari mula jam 6 petang hingga 5 pagi. Ia terletak bersebelahan Dewan Sultan Sulaiman dan Sekolah Kebangsaan Kg. Baru.
Harga sebungkus nasi ialah 70 sen.

Anda boleh menambah lauk seperti goreng ayam, pedal, limpa dan hati.
Para pengunjung juga turut dihiburkan dengan kumpulan muzik yang mendendangkan pelbagai lagu popular tanahair.

Serai Satay Bar @ Pavilion



Bagi menarik minat pembeli sesuatu produk pelbagai format dan bentuk digunakan. Begitu jua dengan makanan yang diminati ramai Satay.

Serai Satay Bar menawarkan konsep baru yang menarik dari segi persembahanan set satay kepada pembelinya.

Serai Satay Bar terletak
di Pavilion KL, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Lot P1.08.00
Level 1, Pavilion KL,
168 Jalan Bukit Bintang,
56100 Kuala Lumpur.
Antara menu lain yang tersedia ialah soto ayam, mee rebus, nasi goreng, roti boom dan roti jala.

Harga yang ditawarkan juga adalah seperti berikut.
Serai Blended (RM5.50), Milky Bandung (RM5), mini pack of satay, Set D (RM10), Roti Boom (RM5.90), Keropok Lekor (RM6.50), Pisang Goreng (RM5)
Contact 03 2143 7070

Untuk maklumat lanjut kunjungi lamanweb- www.sataybar.com.my

Friday, May 6, 2011

Taman Paya Bakau @ Lumut


Taman Paya Bakau, Lumut di Sri Manjung terletak terletak di antara jalan Ipoh – Lumut dan lebih kurang 10 minit perjalanan dari Bandar Lumut.

Taman ini mula dibina pada bulan Mei 1994 dan dibuka kepada umum pada bulan Januari 1995.

Pada tahun 2005, taman ini telah diselenggara dan ubahsuai. Ia mempunyai laluan sepanjang 366 meter dan selebar 6 kaki yang merentasi hutan paya bakau. Di hujungnya didirikan 2 buah pondok untuk para pengunjung beristirehat.

Di sepanjang laluan ini pengunjung dapat menghayati keindahan alam semulajadi hutan paya bakau dan melihat sendiri hidupan yang ada di paya bakau berkenaan.

Wednesday, May 4, 2011

Nasi Dalcha Kassim Mustafa @ Penang



Sekiranya anda di Pulau Pinang jangan lupa mencuba Nasi Dalcha di Restoraan Kassim Mustafa.
Restoran yang menjadi tumpuan pelanggan ini menawarkan masakan istimewanya Nasi Dalcha. Nasi Dalacha meurpakan masakan istimewa tradisi Kilakarai dari India.
Ketika musim cuti sekolah restoran ini menjadi tempat persinggahan sejumlah besar pengunjung ke Pulau Pinang, kerana lokasinya yang begitu strategik di tengah-tengah bandar Georgetown. Ia terletak di alamat No. 12, Lebuh Chulia, 10200, Pulau Pinang.

Restoran Kassim Mustafa Sdn. Bhd mula ditubuhkan pada tahun 1980.
Kini restoran ini boleh ditemui di cawangan berikut di Pulau Pinang.
1. No. 128, Jalan Mayang Pasir, Taman Sri Tunas, Bayan Baru.

2. No. 10C-G, Jalan Rumbia, Sungai Nibong Kecil, Bayan Lepas.
3. No. 20A, Jalan Permatang Damar Laut.
4. No. 304, Jalan Burma, Pulau Tikus.
5. No. 57-04, Northam Tower, Jalan Sultan Ahmad Shah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...