Monday, November 14, 2011

Restoran La Rizz@ Bangi

Sebuah Restoran yang popular bagi penduduk setempat 
serta peminat  masakan Melayu di Bangi iaitu Restoran La Rizz.
Ia boleh dikunjungi di alamat :
No 19 Jalan 12/1 Section 12
Bandar Baru Bangi, Selangor, 43650
03-8925 3800
Restoran La Rizz dibuka setiap hari  bermula jam 630pagi hingga jam 4.00 petang.
Ia menyediakan pelbagai menu masakan makan tengahari.
Apa yang istimewanya ialah lauk tambahan berbentuk grill.
Anda boleh memilih untuk menikmati ikan 
bakar, daging bakar atau ayam bakar.

Thursday, November 10, 2011

Gulai Kawah Rusa Restoran Le Lac @ Shah Alam

Restoran Le Lac yang dahulunya di Seksyen 7, 
Shah Alam kini  boleh dikunjungi di Seksyen 13.
Restoran Le Lac kini  boleh dikunjungi di
No 45,  Jalan Badminton Seksyen 13 Shah Alam.
Restoran yang terkenal dengan menu Nasi Arabnya kini menjadi tumpuan penduduk setempat, kumpulan pekerja, keluarga dan pelajar. 
Pada waktu makan tengahari, pelbagai jenis lauk  pauk tersedia untuk dipilih dan di rasa. Antara menu istimewa ialah Gulai Kawah Rusa & Asam Pedas Clayport Johor.
Restoran ini mula beroperasi pada 29 September 2011.
Selamat berkunjung.

Tuesday, November 8, 2011

Kafe Bawang Merah @ Market Place, Subang Parade

Kafe Bawang Merah yang terletak berhadapan Dorset Hotel Subang 
- dulunya Sheraton Subang -  kini membuka cawangan barunya.
Kafe Bawang Merah kini boleh dikunjungi di Market Place di Subang Parade.
Apa yang istimewanya, Kafe Bawang Merah menyediakan menu makan tengahari 
bercirikan nasi campur kampung. Pastinya menu istimewanya ialah Asam Pedas.
Anda juga boleh mengikuti perkembangan 
kafe ini menerusi facebooknya Kafe Bawang Merah 
Pengunjung juga boleh ke Kafe Bawang Merah di :
12A Jalan SS12/1B (berhadapan Dorset Hotel)
47500 Subang Jaya
Waktu operasi melainkan Sabtu 
 9 pagi-10 malam
Tel : 03-5621 6100

Saturday, November 5, 2011

Menyusuri Seine River @ Paris 2011


Menyusuri  Seine River adalah antara aktiviti 
utama para pelancong ketika berkunjung ke Paris.
Cara terpantas untuk menikmat keindahan kota Paris ialah sama ada 
menaikki bas Hop On Hop Off atau lebih santai dengan  menyusuri Seine River
Cara ini membolehkan pengunjung melihat pelbagai 
sudut di Paris menerusi perjalanan di terusan
                                        Pelayaran selama sejam itu membawa pengunjung 
melalui di bawah 16 jambatan yang menghubungkan Paris.

Setiap jambatan yang dilintasi mempunyai cerita dan sejarahnya sendiri.
Antara tempat yang dilalui termasuk Bangunan Kementerian 
Luar Negeri, Military Square & Akademi Seni Paris.
Lihat juga blog sebelum ini mengenai subjek yang sama @  jom ke Paris.

Thursday, November 3, 2011

Roti Canai Rangup Abah Corner @ Lucky Garden, Bangsar

Sekiranya Anda mahukan sarapan ringkas dan scara kebetulan berada di kawasan Bangsar, gerai di Lucky Garden adalah di antara yang boleh dikunjungi.
Abah Corner - gerai di penjuru di sekitar Lucky Garden, Bangsar menawarkan pelbagai sarapan mudah seperti roti canai , nasi lemak dan pelbagai jenis mee.
Apa yang istimewanya bagi Abah Corner ialah Mee Kari .
Di samping Mee Kari, Roti canai Abah Corner juga 
disediakan rangup dan menjadi pilihan utama pengunjung. 
Roti Canai tersedia untuk anda setiap hari 
kecuali hari Ahad  dari jam 7 pagi hingga 10 pagi. 
 Selamat mencuba.

Wednesday, November 2, 2011

Butter Chicken Rice @ Bikers Planet

   
Restoran Bikers Planet di Subang Jaya menawarkan 
pelbagai masakan istimewa dengan pelbagai menu menarik.
 Pada peringkat awalnya, saya hanya mencuba pelbagai menu makanan Sarawak seperti yang  dipaparkan di  blog sebelum ini - Mee Kolok Bikers Planet @ Subang Jaya.
Antara menu menarik yang patut anda cuba ialah Butter Chicken Rice.
Anda juga boleh memilih Sweet Sour Fish Rice.
 Atau  Nasi Ayam Kampung
Di samping itu anda juga boleh mencuba pelbagai 
makanan sarawak sepertimana saya tulis sebelum ini.
Restoran  in terletak bersebelahan Restoran PELITA di SS15, Subang Jaya. Anda juga boleh mengunjungi facebook bikersplanet.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...