Wednesday, December 21, 2011

Pusat Makanan Jalan Medan Pusat 3 & 4 @ Bangi

Jalan Medan Pusat di Bangi adalah lokasi menarik bagi 
mereka yang mahukan kepelbagaian jenis makanan.
Blog sebelum ini pernah meninjau ke Jalan Medan Pusat 2C & 2D 
yang menawarkan pelbagai jenis restoran istimewa.
Jalan Medan Pusat 3 & 4 juga turut menyediakan pelbagai jenis restoran.
Antaranya ialah Restoran Amir yang menjual Tomyam, Nasi Campur & Nasi Lemak, 
Wong Solo - Makanan Indonesia berasaskan Ayam Bakar 
& Ani Sop Utara juga terdapat di lokasi ini.
Tidak ketinggalan di lokasi yang sama ialah  Nuin, 
Juga terdapat Restoran & Cafe Bamboo, & JM Bariani House.
Selamat Berkunjung.

Saturday, December 17, 2011

Singgah di Harare @Zimbabwee


Harare ialah kota terbesar dan ibunegara Zimbabwee, di Afrika.
Sebelum tahun 1982, ketika pemerintahan Apartheid
Rhodesia, kota ini dipanggil Salisbury.
Di samping menjadi ibu  negara, Harare juga menjadi pusat
pentadbiran, perdagangan, budaya dan komunikasi Zimbabwee.
Dengan penduduk hampir  lebih2.9 juta, pelancong boleh berkunjung
keluar kota untuk meninjau cara penghidupan mereka.
Pelbagai program kebudayaan disajikan untuk menggamit 
pelancong ke Harare dan persekitarannya. Pengunjung juga boleh 
mengikuti pengembaraan SAFARI  serta meninjAU pusat belibelah kota itu.

Wednesday, December 14, 2011

M.I.Z Char Koay Teow @ Seksyen 13, Shah Alam

Bagi para peminat Char Koay Teow Penang, apa kata
 anda berkunjung ke Restoran M.I.Z di seksyen 13 Shah Alam.
Koay Teow yang disediakan adalah  stail Penang  yang basah mahupun kering.
Restoran ini  turut  menujual pelbagai menu istimewa lain.
Ini termasuk menu Western, Nasi Lemak Rendang Tok, 
Ayam Penyet, Mee Ketam, Otak-Otak & Satay.
Anda boleh mengunjungi restoran ini di alamat:
Jalan Ragbi 13/30, Seksyen 13, Shah Alam.

Wednesday, December 7, 2011

Nasi Ayam TAT @ Shah Alam


Bagi peminat Nasi Ayam, anda perlu mencuba TAT Nasi Ayam.
Restoran ini boleh ditemui di Shah Alam.
Ia boleh dikunjungi di alamat:
Jalan Pelabur B 23/B, (Seksyen 23), Shah Alam, Selangor, 40380
TAT Nasi Ayam menyediakan Nasi Ayam Istimewa yang kesedepannya mencakupi Nasi, Ayam dan juga Sambalnya.
Untuk makumat lanjut mengenai restoran ini : 
Selamat mencuba.

Monday, December 5, 2011

Nasi Lemak FEND @ Kelana Jaya

Bagi peminat nasi Lemak, satu lagi restoran yang boleh 
dikunjungi ialah Restoran Ikan Bakar Fend di Kelana Jaya.
Restoran Ikan Bakar Fend terkenal dengan menu ikan bakarnya. 
Kalau anda mahu mencuba nasi lemaknya - anda boleh berbuat demikian.
Ia b oleh dikunjungi di alamat:
di No E-G-01, Jalan SS6/20A, Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya. 
Restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan khususnya pada waktu makan tengahari.
Layari blog mengenai Ikan Bakar Fend @  Ikan Bakar Fend

Thursday, December 1, 2011

Roti Canai bersama Asam Pedas Claypot @ Taman Laksmana1, Melaka


Restoran Kota Laksmana 1 – di 1408 di Taman Laksmana di 
bandar Melaka memang popular dengan hidangan Asam Pedasnya.
Antara menu istimewanya ialah Asam Pedas Tetel.
Apa yang istimewanya ialah memesan roti canai 
untuk dimakan bersama kuah asam pedas tetel itu.

Lazimnya ramai peminat restoran ini memesan Nasi berlauk sayur, sambal 
& telur masin bersama lauk pelbagai pilihan Asam Pedas Daging atau Ikan.
                                                            


Lihat juga blog sebelum ini mengenai Restoran ini  @ Restoran Asam Pedas Claypot
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...